Thursday 25 April 2013

Penyokong Pembangkang BIADAP!!! Pukul Kanak-kanak Yang Mengaku SOKONG BN....




Dari sehari ke sehari, dari semasa ke semasa, berita-berita tentang keganasan para penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS begitu menjadi-jadi. Sudah ada kematian yang dilaporkan di Kelantan, negeri yang paling kukuh dalam genggaman PAS. Beberapa kecederaan turut dilaporkan membabitkan beberapa buah negeri, termasuklah di Terengganu. 

Kini keganasan penyokong-penyokong PAS menular ke Kedah pula. Para penyokong PAS kelihatan begitu panas dan resah sehinggakan apa-apa sahaja yang dilihat menghalang mereka, boleh menyebabkan mereka naik angin dan marah dengan begitu mudah. 

Pada 22 April lalu, lebih kurang jam 9:37 malam, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi mangsa kekejaman dan keganasan para penyokong PAS di Felda Teloi Timur. Malang menimpa kanak-kanak berusia 11 tahun itu apabila dia diperlakukan seolah-olah jawapan yang diberikannya adalah satu jenayah besar. 

Semuanya bermula apabila Mohamad Ismadinel bin AR Samsuddin pulang daripada solat Isyak di Masjid Felda Teloi Timur. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Ismadinel melintasi pos PAS yang ketika itu sedang mengadakan ceramah PRU yang turut disertai oleh calon PAS N24 Jeneri serta konvoi bermotosikal lebih kurang 300 buah. Kesemua penunggang dan pembonceng motosikal tersebut, didatangkan dari luar Felda Teloi Timur.

Ketika melalui pos berkenaan, Ismadinel telah ditahan oleh beberapa orang penyokong PAS. Mereka bertanyaka kepadanya, siapakah yang disokong, sama ada PAS atau Barisan Nasional. 

Apabila Ismadinel menjawa, dia menyokong Barisan Nasional, serta-merta dia diterajang sehingga jatuh ke dalam parit berhampiran. Para penyokong PAS bersorak dan kelihatan cukup terhibur melihat kanak-kanak berkenaan. Manakala calon PAS untuk N24 pula sekadar memerhati dari jauh dan langsung tidak memberikan bantuan atau pun menghalang perbuatan ganas penyokong-penyokongnya. 

Laporan polis telah dibuat. Mangsa bagaimanapun, mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan kini masih lagi demam akibat terperanjat. 

Belum lagi benar-benar berkuasa, nampaknya para penyokong PAS sudah pun menunjukkan garang dengan kanak-kanak. Justeru, tidak menghairankan bagaimana mereka sekarang ini sedang sibuk mempromosikan keganasan di serata Malaysia dan kemudian menyalahkan UMNO serta Barisan Nasional. 

1 comment:

  1. ni lar yg dinamakan bangang tahap BABI....pencacai pakatan ni mana ada otak.....

    ReplyDelete