Sunday, 30 December 2012

Peserta MOGOK LAPAR yang TAK TAHAN LAPAR....


Sekumpulan peserta yang menyertai 'Mogok Lapar 100 Jam Anti LYNAS' dikenalpasti telah menjamu selera di sebuah hotel berdekatan lokasi protes di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Menurut laporan MyNewsHub, beberapa peserta yang lain turut didakwa telah bertindak menjamu selera makanan di beberapa buah restoran berhampiran kurang dari 100 jam seperti yang ditetapkan.


Tinjauan turut mendapati, jumlah para peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bukan sahaja semakin berkurangan, malah pihak penganjur dikatakan telah memberi bungkusan makanan kepada kesemua individu terlibat pada tempoh kurang dari 63 jam.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG nak gelak guling-guling rasanya bila dapat tahu pasal peserta Mogok Lapar ni...tak sampai 100 jam mogok, dah cari makanan....tak payah mogok lah kalau tak mampu nak buat..menyusahkan orang jer...

Saturday, 29 December 2012

Lepas Diasak, Hadi Awang Keluar Nak Buat Penjelasan??



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kumpulan Media Prima khasnya TV3 memberi peluang kepadanya bagi memperjelaskan isu Amanat Haji Hadi secara langsung selama satu jam.
 
“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau kepada pemberita.
 
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Hadi untuk menarik balik amanat yang dikeluarkan beliau pada tahun 1981 yang telah menyebabkan perpecahan serta kekeliruan umat Islam dalam negara.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harusani  Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh  turut menggesa perkara sama dan mengajak presiden PAS itu untuk kembali kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
 
'Amanat Hadi' dikatakan telah mengkafirkan orang UMNO serta menimbulkan kekeliruan umat Islam. Apa yang terkandung di dalam amanat itu antara lain, mengharamkan daripada memakan daging sembelihan orang UMNO, mengharamkan daripada berkahwin dengan orang UMNO malah mengkafirkan orang UMNO.
 
KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : setelah didesak, baru Hadi Awang keluar...nak buat penjelasan...kita tunggu je lah apa yang dia nak jelas kan nanti...

Tuesday, 25 December 2012

Kerajaan Selangor Tipu Rakyat Lagi....!!!!



Sebuah keluarga terpaksa tinggal bersesak dalam sebuah unit pangsapuri di Petaling Utama di sini sejak lima tahun lalu kerana sukar mendapatkan rumah mampu milik.

Ini menyebabkan ruang tamu rumah mereka juga dijadikan tempat tidur, selain tempat makan mereka sekeluarga pada setiap hari.

Norhabatin Mohd. Khan, 40, yang tinggal bersama ibu, empat anaknya, tiga adik perempuan, dua adik ipar dan seorang anak saudaranya terpaksa berhimpit disebabkan masing-masing tidak mampu menyewa secara bersendirian.

Ibu tunggal itu berkata, harga rumah sekarang yang tidak mampu dimiliki golongan sepertinya turut menjadi faktor mengapa mereka berkongsi rumah beramai-ramai.

"Sudah lima tahun kami tinggal begini dengan membayar sewa bulanan RM500, yuran penyenggaraan RM55 dan bil elektrik dan air kira-kira RM50," katanya ketika ditemui sempena lawatan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) ke atas keluarganya baru-baru ini.

Bukan tidak mahu mendiami rumah yang lebih selesa, tetapi di mana mahu mencari duit untuk memiliki rumah kos rendah di sini, kata kerani di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya itu.

Bagaimanapun, ketika lawatan itu, kebanyakan ahli keluarga berkenaan keluar bekerja.

Sementara itu, Pengerusi Serang, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai lawatan itu berkata, pihaknya masih menanti jawapan kerajaan negeri mengenai percanggahan maklumat yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar tempatan dengan ucapan Exco terbabit Sidang DUN pada Mac lalu.

"Kami ingin bertanya di mana lokasi 6,470 rumah kos rendah yang kononnya dibina kerajaan negeri, malah kami juga mahu mengetahui apakah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dan berapa ramai anak muda Selangor berpeluang memiliki rumah itu," katanya.

Budiman turut mempersoalkan status Skim Perumahan Pasangan Muda yang dilancarkan pentadbiran terdahulu yang difahamkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam sudah pun diperuntukan untuk tujuan itu.

"Hari ini, kami mengunjungi rumah seorang anak muda yang mengalami masalah untuk memiliki rumah kos rendah, malah terpaksa berkongsi dengan tiga pasangan lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Serang turut mengedar 1,000 topeng kempen Mana Rumah Selangorku (Mask) kepada golongan muda di Pasar Malam Taman Sri Manja.

UG : semakin banyak penipuan Kerajaan Selangor yang didedahkan..semoga rakyat kat Malaysia ni 'buka mata' dan pilih siapa yang lebih layak memimpin negara ni...

Sumber : OCEAN'S13 

Friday, 21 December 2012

Nik Aziz....Ada Title Tok Guru, Bermakna Ada Lesen Besar Untuk Tuduh UMNO Mungkar???



Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah mungkar.
 
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO.
 
"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.
 
"Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang", katanya kepada wartawan KLPos ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.
 
Beliau turut menasihati Nik Aziz supaya jangan menuduh dengan melulu terhadap parti tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Monday, 17 December 2012

Pakatan TIDAK SEPAKAT Lagi...Rakyat Perlu Buka Mata...




Selepas Pas menegaskan tiada kerusi tambahan buat DAP di Selangor, PKR turut suarakan pandangan sama kerana keputusan berhubung pengagihan kerusi telah diputuskan dengan mengekalkan status quo.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, tuntutan DAP itu tidak perlu dipandang serius kerana di peringkat negeri, ia dibincangkan dan keputusan telah dicapai.

Katanya, tuntutan dibuat DAP itu bukan perkara luar biasa kerana mana-mana parti turut membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti masing-masing tidak kira sama ada peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.

Menurutnya, itu adalah perkara normal diamalkan sebahagian daripada proses rundingan dalam demokrasi.

“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di kongres tersebut.

Guan Eng menuntut tambahan kerusi untuk pilihan raya akan datang bagi mengukuhkan kedudukan DAP.

DAP mensasarkan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.

Shuhaimi berkata, beliau menyeru komponen parti Pakatan Rakyat tidak terlalu melayani isu itu kerana dikhuatiri boleh dijadikan provokasi oleh pihak lawan.

Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Guan Eng itu tidak merujuk kepada Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah dipersetujui sebulat suara.

“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.

“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak lawan,” katanya.


Sumber : SH 

UG : Berharap dengan senario politik yang berlaku di negara ini, dapat buka mata rakyat untuk bijak memilih parti yang LAYAK memerintah negara...

Friday, 14 December 2012

Rosmah Lancar Kapal Latihan TLDM....'Panas Bontot' Lagilah Pembangkang....


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang. 

Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dimana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik serta mampu menempatkan seramai 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.



Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.


Thursday, 13 December 2012

Video Deepak Tersebar Lagi...KANTOI SUDAH !!!!

Video yang UG nak tunjuk kat bawah ni kira satu lagu video selepas VIDEO TERUS TERANG DEEPAK

Semakin lama..semakin banyak bukti yang terbongkar...so, UG rasa rakyat dah boleh pikir mana yang benar dan mana yang BOHONG!!!


Video ini merupakan suntingan video yang diambil dari video Malaysiakini yang dirakamkan pada bulan April 2011. 

Apa yang ingin disampaikan disini adalah penipuan Deepak Jaikishan yang mana pada tahun 2011 beliau menafikan terlibat dalam kes Bala dan waktu ini setelah diarahkan Anwar Ibrahim, Deepak menyatakan beliau orang penting dalam kes bala.

Satu konspirasi telah dirancang untuk menfitnah Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang yang lain.

Tuesday, 11 December 2012

Sentuh Sensitiviti Kaum?? Itu Bukan Cara UMNO...Itu Tabiat Pembangkang...!!!!!



Umno  tidak pernah dan tidak akan  melakukan sesuatu tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.
 
Tindakan itu jelas sekali bertentangan dengan pihak pembangkang yang sanggup merobohkan kuil di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, 20 November lalu sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Hindu.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno dan BN sentiasa melakukan perkara untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang sedia ada sekarang.
 
"Saya nak tanya, sejak empat tahun, berapa banyak kuil yang telah kita robohkan?," tanya Najib kepada perwakilan yang hadir ketika berucap sebelum merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : Pembangkang....tidak kira sensitiviti kaum lain, asalkan agenda politik mereka tercapai...



Sunday, 9 December 2012

Kaum India SOKONG!!!....Tak Ada Sebab Nak Tolak Kepimpinan Najib...



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India kembali menjadi 'simpanan tetap' kepada Barisan Nasional bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum ini menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.



Najib berkata kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan semua janji mereka termasuk dalam soal Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan isu merobohkan kuil termasuk yang terbaru di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Beliau berkata 'simpanan tetap' BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum Mac 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan di kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu, kata.

"Justeru sejak empat tahun lepas, BN sudah bayar 'faedah' yang tinggi menerusi pelbagai program bagi membantu masyarakat India dan kini ternyata ke mana-mana saya pergi sambutan yang saya terima dari kaum India sangat hebat.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : Rakyat semakin bijak...bijak membuat pilihan!!! 

Thursday, 6 December 2012

MB Selangor Akhirnya Mengaku Belum Langsaikan Hutang....Tu Pon Ada Hati Nak Tadbir Negara????



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah penyelesaian hutang Talam Corporation Holdings dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri berjumlah RM392 juta masih belum diselesaikan. 
 
Menurutnya, situasi itu berlaku kerana ia dilakukan secara berperingkat. Sebagai contoh, urusniaga antara anak syarikat kerajaan negeri,Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) dengan Talam Corp masih belum dikemaskini.
 
Abdul Khalid mengulas kenyataan Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong semalam bahawa pengumuman KHSB baru-baru ini di Bursa Malaysia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah kerajaan negeri itu mengutip balik hutang Talam.
 
"Mengikut cadangan laporan audit pihak ketiga kalau ada pinjaman yang masih belum dibayar oleh Talam dan ada hubungannya dengan Hartanah (KHSB) ia memberi peluang kepada Hartanah untuk membuat tuntutan," katanya.
 
Menteri Besar bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah pelantikan Ketua-Ketua Kampung Negeri sesi 2013/2014 di sini.
 
"Kita hanya tentukan RM392 juta untuk peringkat yang kita nak buat. Saya taknak kita asyik buat tuntutan tapi tidak selesai pembayarannya. Jadi kita buat secara berperingkat," katanya.
 

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.
UG : Terang-terang pembangkang memang tak mampu dan tak layak nak tadbir negara ni....buatlah pilihan yang tepat wahai rakyat sekalian....

Wednesday, 5 December 2012

Kalau Dah Namanya Anwar...Tak Tahu Hujung Pangkal, Tau Nak Menuduh Jer....



Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno  sebagai platform untuk mempertahankan kuasa dan menyerang pembangkang adalah disebabkan Ketua Pembangkang itu tidak membaca usul dikemukakan.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak munasabah bagi sebuah parti pemerintah menjadikan perhimpunan berkenaan platform untuk menyerang pembangkang.
Menurutnya, hujah yang diusulkan adalah untuk memajukan negara dan memperbaiki kekurangan.
“Kalau adapun perkara yang berkaitan pembangkang, ia hanya (disebut dalam) dua perenggan, tanpa melibatkan unsur fitnah. (Masalahnya) Anwar tidak membaca usul.
“Kita ada ucapan dasar dan usul bertulis. Usul yang kita bawa bermanfaat untuk rakyat dan negara. Ia tidak di penuhi dengan serangan dan fitnah seperti yang dilakukan pembangkang di setiap platform mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sambil menegaskan perhimpunan itu sangat bererti memandangkan ia merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahmad berkata, sebenarnya pembangkang tersentak dengan keberanian Umno mengemukakan fakta dengan tepat.
Katanya, selama ini pembangkang tidak terfikir Umno berani melawan serangan dan fitnah mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron menasihatkan Anwar menilai diri sendiri sebelum mengecam pihak lain.
Katanya, pembangkanglah yang sebenarnya membuat fitnah melalui ceramah dan platform hingga di peringkat antarabangsa untuk memecah-belah kaum di Malaysia.

SUMBER : SH 
UG : dah memang sinonim dengan sikap pembangkang...tak de usul periksa, tau nak hentam orang jer....

Tuesday, 4 December 2012

Bukti Sudah Ada....Anwar Mahu Nafi Lagi Ke??

Semakin hari, semakin banyak bukti keburukkan pembangkang didedahkan...dan Anwar, seperti biasa...hanya tahu menafikan...walaupun ada bukti yang dia terlibat...

TERBARU ....rakaman video secara terus terang Deepak Jaishakini mengaitkan Anwar , Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam komplot menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. 



UG : Bukti dah ada....pandai-pandailah pikir..

Pemimpin PKR Terlibat Dalam Isu Deepak???


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012.

Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : semakin nak dekat PRU ni...makin 'galak' plak pembangkang ni nak jatuhkan DS Najib & DS Rosmah...kebenaran akan muncul akhirnya....sabarlah menanti....:))

Monday, 26 November 2012

Rosmah Jawab Soalan Dari Pelajar...Jawab Jangan Tak Jawab...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...bagi DS Rosmah Mansor tiada apa yang perlu membuat dirinya takut jika dia tidak buat salah...tambah lagi bab nak memajukan kanak-kanak di negara ini...cuma pembangkang je yang suka lemparkan fitnah dan cacian terhadap beliau...

tapi yang UG bangga, makin banyak tohmahan pembangkang bagi kat Rosmah, dia makin berjaya  dengan program yang dia jalankan..betul la, jika benda yang kita buat tu benda benar, Allah akan bantu...insyaAllah...

terbaru, Rosmah ada sesi soal jawab bersama kira-kira 300 orang wakil pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Tempatan...pada majlis tu para pelajar bertuah sebab boleh tanya apa sahaja kepada Rosmah....



tenang je Rosmah jawab segala persoalan..walaupun soalan tu menyentuh perihal peribadi dia...

KLIK DI SINI untuk selanjutnya

UG : tak dapat nak 'hentam' PM, bini PM pon jadi...dasar pembangkang....

Saturday, 24 November 2012

SAH!!!! Khalid Ibrahim Aniaya Ibu Tunggal...



Lebih 300 ibu tunggal mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada golongan itu.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman, berkata kumpulan itu turut disertai oleh balu bekas tentera dan polis yang berharap nasib mereka terbela.

"Kami mewakili 32,000 anggota persatuan mahu supaya janji ditepati. Kami tuntut apa yang telah dijanjikan bukan suka-suka datang berkumpul," katanya kepada pemberita di sini.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira sejam di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, namun hajat bertemu Abdul Khalid tidak kesampaian kerana hanya Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail tampil menerima memorandum berkenaan.

Rodziah berkata kerajaan Selangor akan meneliti memorandum yang dihantar itu.

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri di bangunan itu turut keluar menemui kumpulan ibu tunggal berkenaan.

SUMBER : SH 

Thursday, 22 November 2012

Dakwa UMNO Murtad : Rakyat Kelantan Tolak Nik Aziz??? Kesiannnn......




Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengumpulkan seramai 10, 000 rakyat Kelantan jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Umno parti murtad.
Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu membuat demikian (menarik balik ungkapan) kerana kenyataannya itu (Umno Murtad) boleh mengelirukan serta memberi impak negatif kepada perpaduan umat Islam di negara ini.
Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media.
Nik Aziz telah menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad" dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan media tersebut.
Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Yasman Hashim.


Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon MAIK agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.
Tambahnya lagi, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.
"Perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik," ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu selepas menyerahkan memorandum di MAIK.

SUMBER : KLPOS 

2,020 Ibu Tunggal SERANG Khalid Ibrahim



Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.

Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.

Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

SUMBER : SH 

Wednesday, 21 November 2012

Betapa Malangnya Khalid Ibrahim Ada Azmin Ali Dalam Pakatan Rakyat Selangor



Azmin belasah menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai Unisel yang rugi teruk setelah Pakatan Rakyat mengambilalih negeri Selangor.

Azmin mahu Khalid Ibrahim menyelesaikan dengan segera isu pembinaan Condo di Batu Caves yang mendapat bantahan secara meluas.

Azmin juga mahu penjualan harta PKNS dibuat secara lebih profesional bukannya secara rundingan terus.

“Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta),” secara rundingan terus.

Azmin bersetuju banyak pembangunan yang dilaksanakan di negeri Selangor.

Jambatan ketiga di Klang yang akan dibina oleh kerajaan Pakatan luar Tabie ini juga disentuh oleh Azmin kononnya untuk melunaskan janji oleh kerajaan BN yang kala pada PRU12.

Pembinaan Jambatan ini bagi mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada pakatan luar tabie apabila berbagai isu timbul seperti:

Pembelian bas mewah Anwar menggunakan wang rakyat iaitu membuat kontra apabila membeli 50 buah kenderaan lori sampah yang telah out-dated dengan harga yang tinggi.

Penjualan harta hak-milik PKNS dimana bumiputera bernaung dibawahnya sebagai peniaga.

Janji pilihanraya yang belum ditunaikan sehingga kini.

Azmin begitu yakin pakatan luar tabie akan ke putrajaya dan orang yang tersayangnya Anwar Ibrahim pasti akan jadi Perdana Menteri.


SUMBER : OCEAN'S 13

Pembangkang Degil...Kan Dah Kena Halau!!!! Bikin Malu

Kalau dah nama nye pembangkang....sikap 'degil' tu memang dah sinonim dengan mereka...kenapa jadi macam tu? sebab nak tunjukkan kehandalan masing-masing kot...nak tunjukkan yang mereka masih hebat walaupun telah 'ditegur'....

hari ini, di Parlimen gamat sebab ade dua individu yang dibawa masuk ke lobi untuk mengadakan sidang akhbar...dari sumber, dua individu tersebut dibawa oleh Ahli Parlimen Bakri, Eng Teck Hwa.


KLIK DI SINI untuk tahu selanjutnya.


Sebelum ini, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia telah melahirkan rasa kesal selepas beberapa wakil rakyat membawa tetamu dari luar untuk membuat sidang media khususnya di kawasan khas media di Parlimen. BACA DI SINI.


UG : Buat malu je kene halau...kan dah malu ..:p

Tuesday, 20 November 2012

Ahli Parlimen Bersatu Sokong Usul Mengecam Serangan Ke Atas Israel




Berikut merupakan 10 resolusi Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan di Parlimen hari ini..Usul dibentangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenteraannya  ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

TERKINI : Usul mengecam serangan kejam Israel ke atas Gaza, yang mengandungi 10 ketetapan, disokong sebulat suara oleh anggota Dewan Rakyat petang ini.

SUMBER : KLPOS 



Rosmah Duduk Tengah Antara Chong Wei dan Isteri...Pembangkang Pulak 'Panas Bontot??'




Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadiannya.
 
Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah, namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.
 
Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di antara kedua-dua pengantin.
 
Ada di kalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor negara itu sendiri.



Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.
 
Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej negatif terhadap Rosmah.
 
Sehubungan itu, persoalan mengenai sejauhmana dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu sendiri.
 
“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri,” katanya.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : Pembangkang 'panas bontot' sebab tak dapat duduk di antara Chong Wei dan isteri..persoalannya, layak ker pemimpin pembangkang nak duduk situ??



Monday, 19 November 2012

Pas Peralatkan Agama Demi Politik !!!




Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.

SUMBER : UM