Friday, 27 December 2013

Email Penggunaan Bom 31 Dis Ini Didedahkan


Satu email telah didedahkan sebagai tanda memberi 'amaran awal' bahawa penggunaan bom akan digunakan pada himpunan 31 Disember ini di sekitar ibu negara.

Memetik daripada blog Theunspinners, penggunaan bom ini mungkin akan digunakan dan mempunyai persamaan semasa Himpunan Bebas Anwar 901 pada 9 Januari 2012.

Menurut blog itu, pihaknya ada menerima email dari sumber daripada Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli yang memberi amaran awal akan penggunaan taktik bom ini di beberapa kawasan.

Antara kawasan yang disebutkan dalam email tersebut ialah persimpangan lampu isyarat di pusat membeli-belah SOGO, persimpangan lampu isyarat di Puduraya, bulatan berhampiran Masjid Negara, stesen LRT Masjid Jamek dan di Stesen Komuter Bank Rakyat.

Email tersebut turut menyarankan agar tidak pergi ke kawasan tersebut kerana bimbang peristiwa lama (penggunaan bom) akan berulang kembali.

Sunday, 8 December 2013

Video Najib Dedah Rahsia Rosmah


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini untuk pertama kalinya menceritakan kepada para hadirin berhubung sumbangan yang telah dilakukan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga merupakan Perdana Menteri tidak menafikan dalam bidang politik pembangkang akan 'serang' isterinya jika tidak mampu untuk menyerang dirinya.

"Saya nak beritahu, sebab kadang-kadang dalam politik ni, kalau tak kena pada saya, dia tembak isteri saya.Saya nak beritahu bahawa, ada juga peranan dimainkan oleh isteri saya untuk bantu rakyat ini.

"Kalau nak terang mengenai program Permata...kita semua dah tahu mengenai program Permata. Terima kasih kepada perwakilan kerana nak tambahkan program Permata," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Najib, terdapat dua jasa yang telah dilakukan oleh isterinya yang tidak pernah diterang dan dimaklumkan olehnya kepada orang ramai sebelum ini.

"Pertama, pada dua tahun lalu, perwakilan kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy (perisik) dan dia telah ditahan, dipenjarakan. Saya minta isteri saya hubungi isteri kepada Presiden Mesir, Suzanne Mubarak (ketika itu Hosni Mubarak berkuasa) untuk merayu supaya membenarkan dia dibebaskan. Tidak sampai dua jam, dia dapat dibebaskan.

"Kedua, ketika Ops Piramid berjalan. Kita nak bawa pelajar kita dari Mesir balik,tidak cukup penerbangan dan kita terpaksa meminta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar kita menaiki pesawat Charlie untuk turun di Jeddah dan pulang ke Kuala Lumpur tanpa visa. Satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Tapi kerana networking dengan kerajaan diraja yang diusahakan oleh isteri saya, mereka benarkan pelajar kita (pulang). Malah, dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma telah diaturkan oleh mereka secara percuma," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang berada di dalan dewan.

"Inilah yang saya nak terangkan...ada juga sumbangan oleh isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya yang menggamatkan dewan dengan gelak tawa para perwakilan.

Thursday, 10 October 2013

KJ Tidak Bercita-cita Tinggi Dalam Politik...


SEBUT sahaja nama Khairy Jamaluddin atau KJ sudah pasti semua orang tahu dan kenal dengannya. Di sebalik kelantangan bersuara di Parlimen, beliau juga antara Ketua Pemuda Umno yang agresif dalam menyatakan pendirian serta menolak sesuatu yang dirasakan tidak betul tidak kira di dalam parti atau kerajaan.

Bagaimana persediaan YB dengan pemilihan yang akan datang tidak lama lagi ini?

Buat masa ini, segala persediaan dari segi mental dan fizikal telah pun saya siap sedia sepenuhnya. Malah sebarang bentuk cabaran dan juga liku-liku sepanjang menjalani proses berkempen juga  telah saya lalui dengan baik sekali.

Alhamdulillah, setakat ini perwakilan menerima saya dengan senang hati dan mana-mana jua saya pergi mereka menyatakan sokongan terhadap saya. Insya-ALLAH semua yang dirancang berjalan dengan baik.

Apa komen YB tentang keputusan Lembaga Disiplin dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan yang membuat keputusan memberi kelonggaran berkempen kepada semua calon yang bertanding?

Sebaik sahaja menerima perubahan syarat itu, saya berasa lega dan berterima kasih kepada mereka kerana mendengar keluhan setiap orang seperti kami ini (calon bertanding).

Seperti sedia maklum, setiap calon yang bertanding itu sudah pastinya memerlukan ruang yang lebih terbuka dan luas untuk berkempen bagi memperkenalkan diri serta kehebatan masing-masing.

Jika disekat, saya khuatir tidak semua calon akan dapat bergaul mesra dengan perwakilan. Saya juga bimbang, jika berkempen juga ada syarat yang ketat, bagaimana perwakilan mahu kenal dengan calon mereka.

Macam saya ini tak apalah, sebab semua orang kenal atas kapasiti menteri dan penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, tetapi bagi calon yang lain, tidak semua orang kenal, termasuklah saya sendiri yang tidak kenal siapa mereka semua ini, sebelum mereka menawarkan diri bertanding di kerusi yang sama dengan saya.

Oleh yang demikian, saya menerima baik dengan keputusan tersebut, sekaligus mengharapkan agar pihak pengurusan dapat menilai semula Tatacara Etika Kempen, agar ianya lebih relevan dengan suasana politik semasa.

Ia selaras dengan pindaan perlembagaan pada 2009, yang membolehkan semua ahli Umno bertanding dan jumlah perwakilan juga dilihat meningkat menjadi 146,500 orang berbanding sebelum ini hanya 2,500 orang sahaja.

Apa pandangan YB apabila terdapat ramai calon pemuda yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini, termasuk empat calon baru yang akan bertanding di kerusi Ketua Pemuda?

Saya menganggap apa yang berlaku ini merupakan sesuatu yang positif. Malah jika dibandingkan dengan sayap lain, Pergerakan Pemuda mempunyai calon Ahli Jawatan Kuasa iaitu seramai  77 orang, antara yang paling ramai sekali.

Ini menunjukkan satu isyarat yang baik, apabila ramai yang berminat untuk bertanding merebut jawatan, bermakna mereka berminat dengan Pemuda, dengan itu kita dapat pastikan bahawa Pergerakan Pemuda ini masih relevan dan masih lagi menjadi tumpuan ramai golongan muda.

Bagi empat calon yang bertanding bersama saya itu, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang positif.

Walaupun ada di antara calon itu saya sendiri tidak kenal, namun saya melihat proses ini sebagai sesuatu yang baik. Sejak tahun 2000 saya bersama Pemuda dan kini sudah hampir memasuki tahun ke 14 saya bersama Pergerakan Pemuda.

Saya bermula dengan exco Pemuda, kemudian Naib Ketua Pemuda, seterusnya Ketua Pemuda Umno Malaysia, dan pernah juga menjadi Ketua Pemuda Bahagian  selama dua penggal. Jadi saya telah melalui setiap tangga dalam pergerakan Pemuda Umno ini.

Saya bertanding berdasarkan ‘track’ rekod dan visi, yang lain saya tidak tahu mengapa mereka bertanding. Apa pun, saya serah kepada perwakilan dan saya yakin telah pun buat yang terbaik pada penggal lepas. InsyALLAH saya dapat yakinkan kepada semua perwakilan untuk memilih semula saya menerajui mereka.

Menerusi pencalonan ramai di peringkat tertinggi Pergerakan Pemuda ini, adakah YB merasakan wujudnya perasaan protes atau tidak berpuas hati dengan cara kerja YB selama ini?

Saya tidak merasakan ada wujudnya protes atau perasaan tidak puas hati ini, memandangkan mereka yang bertanding itu terdiri daripada ahli biasa sahaja. Malah ada di antara mereka yang baru sahaja memegang jawatan dalam peringkat cawangan dan kini mahu mencuba nasib di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau tidak puas hati baik pencabar saya terdiri daripada mereka yang dikenali dan mempunyai nama yang besar atau pun gergasi-gergasi politik misalnya dalam MT atau dalam Exco Pemuda Pusat. Saya yakin, kebanyakan yang bertanding hanya mahu mencuba nasib.

Tetapi saya bersyukur kepada pemimpin kanan Umno yang sedia ada ini, tidak bertanding di kerusi saya dan memberi laluan kepada saya untuk bertanding dan mempertahankan jawatan.

Terdapat dakwaan yang mengatakan YB menyokong calon naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara terang-terangan, Adakah benar YB akan membantu calon naib presiden ini dalam berkempen?

Iya. Itu sememangnya tidak dapat dinafikan kerana kami mempunyai keserasian yang sangat rapat. Sudah pasti saya serasi dengan Datuk Seri Hishammuddin.

Selama empat tahun saya jadi naib dengan beliau, dan empat tahun menjadi ahli exco dengan beliau. Beliau adalah individu yang bawa saya masuk ke dalam politik. Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab masukkan saya dalam Pemuda Umno.

Sudah pasti saya menyokongnya. Lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Ketua Pemuda kita. Kita akan 'promote' sesiapa sahaja yang melalui ‘kilang’ pemuda, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga pernah menjadi Ketua Pemuda, dan Datuk Shafie juga sebagai Ketua Pemuda Sabah.

Walau bagaimanapun, saya percaya setiap calon mempunyai kehebatan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk menilai mereka, termasuklah saya.

Bagaimana pula dengan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, ada dakwaan yang mengatakan bahawa YB berpakat antara satu sama lain bagi membantu memikat hati perwakilan? Komen YB.

Saya dengan Mukhriz? Bagi saya tidak wujudnya pakatan atau berpakat antara semua calon, kerana saya serahkan semuanya kepada perwakilan. Kita bertanding atas kekuatan masing-masing.

Saya hormati setiap calon yang bertanding. Saya serah kepada perwakilan. Tidak ada pakat-pakat, kita serah semuanya kepada perwakilan. Kalau kita pakat-pakat seolah-olah kita menidakkan hak perwakilan.

Ramai pihak pernah buat andaian bahawa YB adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri di masa akan datang, adakah YB bercita-cita sedemikian?

Saya tidak bercita-cita tinggi dalam politik. Saya serahkan kepada Tuhan dan serahkan kepada rakyat dan perwakilan. Saya bertanding di Rembau saya serah kepada rakyat, saya bertanding dalam Umno saya serah kepada ahli Umno.

Seterusnya apa yang akan berlaku selepas ini saya tidak fikir lagi. Yang penting BN dan Umno akan menang dalam PRU14 dan tugas pemuda sendiri haruslah sentiasa membantu parti dalam membentuk kerajaan.

Saya tidak letak target yang terlalu tinggi. Syukurlah sebab saya masih ada dalam kancah politik tanahair ini dan masih diterima di kawasan saya lagi. Selebihnya saya serahkan kepada perwakilan dan rakyat.

Mungkin disebabkan saya muka baru, sebab itulah mudah dapat perhatian ramai. Selain itu, kekerapan penggunaan saya dengan media sosial ini juga, sedikit sebanyak memberi kelebihan dari sudut publisiti, sebab itulah orang melihat saya lebih berbanding yang lain.

Akhir sekali, apa harapan YB kepada perwakilan?

Harapan saya semoga pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga para perwakilan dapat menilai dan melihat prestasi yang telah saya lakukan pada penggal lalu, yang mana ianya banyak membawa kepada perubahan serta kemajuan di kalangan pemuda itu sendiri.

Penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan bagi memantapkan lagi Pergerakan Pemuda Umno, sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang di kalangan pemuda. Pilihlah dengan bijak seseorang pemimpin itu bagi memastikan arah tuju Pemuda akan kekal terus gemilang.

SUMBER.

3 Penjenayah Mati Ditembak...TAHNIAH PDRM!!!


Kurang empat jam selepas menyamun seorang wanita yang baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Bayu Perdana, Klang, tiga penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek dikenali dengan nama Hendra Rozak, 35, Mohamad Anuar, 39, dan Acun Risky Saputra, 26.

Sebelum itu kesemua suspek yang menaiki sebuah kereta bersama sebuah kereta lain yang kedua-duanya Proton Wira berwarna hitam serta sebuah motosikal menyamun mangsa pada pukul 11.30 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta mangsa dihalang di kiri dan kanan sebelum suspek yang menunggang motosikal turun lalu memecahkan cermin kenderaan mangsa dan melarikan wang tunai RM2,000.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, berdasarkan maklumat, sebuah kereta yang disyaki rakan suspek berjaya dikesan di Plaza Tol Sentul Pasar manakala salah sebuah kereta lagi yang terlibat dalam kejadian samun itu sedang bergerak ke lokasi sama.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menjejaki kereta tersebut sebelum memintasnya di plaza tol berkenaan.

"Semasa mengarahkan mereka berhenti dan menyerah diri, ketiga-tiga suspek bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah kereta polis. Polis yang membalas tembakan itu berjaya menembak mati ketiga-tiga mereka.

"Beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai sedang menunggu di dalam sebuah lagi kereta di lokasi kejadian (Plaza Tol Sentul Pasar) telah melarikan diri," katanya ketika ditemui.

Tuesday, 10 September 2013

Isu Kencing : Zainuddin Maidin Ada Jawapan Sendiri



Sebagai seorang bekas wartawan yang berjaya dalam politik, Lim Kit Siang  (LKS )sewajarnya memahami posting saya (3 September 2013 : Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Dsisi Lim Kit Siang dan Anaknya) yang memberikan implikasi beliau bertanggungjawab menyebabkan penyokong penyokong DAP menghalau orang Melayu balik kampong sehingga mencetuskan rusuhan  13 Mei.

Sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengaruh, beliau  tidak  semestinya tidak dapat berfikir bahawa trajedi itu boleh berlaku  sekalipun beliau bertanding di Melaka dan tidak berada di Kuala Lumpur.

Apa yang saya maksudkan ialah kejadian itu adalah  accumulative dari tindakan,ucapan dan kenyataan demi kenyataan  pemimpin pemimpin DAP yang bersifat instigate, agresif dan provokatif  dalam memperomosikan konsep Malaysian Malaysia yang diwarisi dari PAP. 

Hal ini  telah membakar perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka  merasa terancam dan tidak lagi selamat berada di bawah Perlembagan Persekutuan. Jika LKS mahu melihat semua ucapannya yang bersifat demikian, boleh saya tunjukan kerana ada dalam simpanan saya.

Kemuncakannya adalah pendarahan negara dari rakyat tidak berdosa.

Walaupun Lee Kuan Yew gagal dalam mencapai hasratnya semasa dalam Malaysia tetapi sekam yang dibakarnya akhirnya telah marak menyala dan memberikan kejayan besar kepada DAP dan Gerakan dalam pilihanraya 1969  sehingga kerajaan terpaksa meminda akta hasutan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari menjadi lemah kerana terpaksa berada di pihak kerajaan atau UMNO untuk pempertahankan Kontrak Social dan Perlembaaan Perseketuan (Lim Kita Siang sila baca The Reluctan Politician  oleh Tun Ismail muka 237)

Langkah LKS untuk mengambil tindakan saman terhadap Utusan Melayu  dari masa kemasa dan khususnya kali ini terhadap saya  sebenarnya meneruskan perbuatan yang diperkenal dan dirintis Lee Kuan Yew terhadap media Malaysia  untuk menutup suara demokrasi rakyat .

Dalam tahun 1964 beliau menginisiatifkan  saman  terhadap Utusan Melayu kerana sebuah berita menuduhnya komunis  (Utusan terpaksa meminta maaf dan juga membayarnya sebanyak 85.0000 dollar ) dan  beberapa tahun  kemudiannya  setelah Singapura keluar dari Malaysia, dia menyaman pula  akhbar  The Star.  Jika tidak silap ingatan saya Star membayarnya RM 300,000.

Budaya mengancam dan mengungut untuk menutup mulut media dan rakyat menerusi tindakan undang undang inilah yang diimport oleh DAP  dari Singapura.

Jika LKS yakin  tindakan saman boleh menegakan  kebenaran maka terserahlah kepada beliau tetapi keyakinan manusia tidak boleh dihapuskan dengan saman dan sejarah juga tidak boleh diputarbelitkan dengan kemenangan di mahkamah.

Sesungguhnya saya amat tersinggong dengan tuduhan palsu Lim Kit Siang bahawa kecaman saya terhadapnya bertujuan  mencari populariti  atau mahu mendapatkan undi besar dalam pemilehan MKT UMNO tidak lama lagi. Saya tidak bertanding apa apa jawatanpun. LKS menyamakan saya dengan Dr. Fuad Zakarshi yang masih aktif dalam UMNO.

Saya anggap ini sebagai suatu usaha untuk mencemarkan nama saya kerana sejak bersara saya tidak lagi mengambil bahagian dalam sebarang  kegiatan politik UMNO diperingkat cawangan, bahagian atau pun Pusat . Saya cuba sedaya upaya untuk hidup dengan kemuliaan sebagai wartawan bebas dengan bantuan wang persaraan dan penulisan.

Untuk pengetahuan LKS,saya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO, kerajaan atau mana mana koporat atau syarikat perniagaan  kecuali menjadi Karyawan Tamu kepada Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Universiti Utara Malaysia(IPDM UUM)

Saya tidak berminat dalam politik kecuali menjadi pemerhati dan penulis politik  dan lain lain dan saya sedang menulis buku “ Saya Bukan Menteri” untuk IPDM.

Jika Lim Kit Siang mahu menyaman saya maka saya bercadang untuk mengambil  Karpal Singh sebagai peguam saya jika dia mahu memberikan khidmat secara percuma kerana  saya percaya dalam keadaan apapun dia berpegang kepada prinsip prinsip demokrasi.

Thursday, 5 September 2013

KJ Ajak Rafizi Berdebat...Ada Bran???



Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli disarankan supaya berbahas di Dewan Rakyat mengenai pengurangan sabsidi minyak yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata tempat berbahas yang terbaik untuk Ahli Parlimen mengeluarkan isu-isu semasa adalah di Dewan Rakyat supaya dapat didengari oleh semua Ahli Parlimen di Malaysia.

"Dulu saya bersetuju berdebat bersama dia (Rafizi) berhubung isu PTPTN dan sebagainya kerana dia belum jadi lagi ahli parlimen dan sekarang dia sudah menjadi ahli perlimen dia sepatutnya sudah tahu Dewan Rakyat merupakan pentas debat utama politik negara kita.

"Kalau kita bawak (berdebat) diluar, ia terikat dengan masa yang terikat. Kita mahu bahas secara mendalam," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang ditemui dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR berkata akan mengemukakan cabaran terhadap Ahli Parlimen Rambau, Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai kenaikan harga minyak.

Rafizi juga mendakwa kerajaan mengurangkan harga minyak sebagai alasan untuk menutup kegagalan mengurus ekonomi dengan baik.

Tuesday, 3 September 2013

A. Samad Said Diminta Serah Diri



Sasterawan Negara yang juga aktivis Bersih, A. Samad Said diminta polis supaya menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.

Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi.


Friday, 30 August 2013

Dah Tayang...Cari Cacat Cela Pulak...


TANDA PUTERA....
tak habis lagi kisah nya...
setelah dua kali tarikh penayangan ditunda...
29 Ogos stat tayang....bila daj tayang...ada saja salah nak dicari...
UG tak faham...kemana hilangnya semangat kemerdekaan rakyat negara Malaysia ni...
asyik nak 'kondem' jer....
tapi UG tetap dengan pendirian...
rakyat di negara ni pergilah tgk filem ni...tak rugi pon....

UG : rasa bangga bila nyanyi lagu NEGARAKU kat panggung wayang..

Thursday, 29 August 2013

Guan Eng JANGAN PERASAN!!!


"Filem tersebut tiada kena mengena dengan DAP, yang dia (Guan Eng) terasa sangat tu kenapa? Jika ada babak 'Creative license' yang digunakan pengarah, itu adalah perkara biasa bagi menghasilkan filem sejarah," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berharap agar filem ini akan terus ditayangkan di seluruh negara.

"Jika ada usaha nak 'block' (halang) penayangan filem ini, saya akan cadangkan kepada Jabatan Penerangan untuk letakkan wayang pacak di seluruh padang di Pulau Pinang," katanya.

SELANJUTNYA DI SINI.

KJ Tak Kenal Pemuda Perkasa?? Alaaa...Laki Yang Desak PM Letak Jawatan Tu...


Siapa Pemuda Perkasa ni??
Siapa dia nak desak PM letak jawatan??
Presiden dia pon kalah masa PRU...
Perkasa ada ape??
U should know your place....

Wednesday, 28 August 2013

Video Shabery Cheek Selar Laporan MalaysiaKini...

  

Video Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek selar kenyataan Malaysia Kini... Mana etika kewartawanan Malaysia Kini dalam menyampaikan berita kepada pembaca??
Lain yang menteri cakap...lain yang di'spin'....

Guan Eng Arah BOIKOT Tanda Putera...


Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini meminta semua pengusaha wayang di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini kerana mendakwa terdapat babak yang mampu menimbulkan provokasi perkauman.
 
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, filem tersebut  mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum kerana terdapat babak beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.
 
"Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.
 
"Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan 'lesen kreatif' namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menimpu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Georgetown di sini hari ini.
 
Guan Eng turut melahirkan rasa kecewanya terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.

SELANJUTNYA DI SINI.

Tuesday, 27 August 2013

Fakta Tentang Khairy Jamaluddin...



Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi. Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia.

Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek. Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia.

Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad.

Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas. Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan, ternyata  pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beraksi dalam wacana yang mencabar ini, Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).

Jelas, beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin.

Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.

Sebagai contoh, apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi, Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – “semangat setiakawan”. Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.

Tambahan pula, Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption, Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda. Sebetulnya, kalau isu 3C ini mampu ditangani, tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula.

Lebih penting lagi, walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya, pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu, Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.

Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain. Sebaliknya, memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau.

Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan “Middle Malaysians” seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.

Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa masih ada harapan lagi untuk Umno.

Saya turut mengagumi, kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – “Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?” Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama, pemimpin Umno akan guna bahasa kesat. Sebaliknya, Khairy memilih perkataan – “tidak konsisten” – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini. Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab.

Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa  beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.

Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik. Ternyata, jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar…

Publisiti Zahid Hamidi Mampu Kekalkan Jawatannya Dalam UMNO?



Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Ahmad Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Ahmad Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.

Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah Ordinan Darurat, cabarannya kepada Waythamoorthy dan sehinggalah kepada tindakannya mahu mendedahkan senarai nama-nama kongsi gelap, semuanya mengundang sorotan publisiti di pelbagai media massa.

Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.

Pendeknya, apa sahaja yang keluar dari mulut Ahmad Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.

Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Ahmad Zahid paling popular. 

Di mata perwakilan Umno pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.

SELANJUTNYA DI SINI

Monday, 26 August 2013

29 Ogos: Tanda Putera VS KL Zombi....Jadilah Rakyat Yang Bijak



29 Ogos...tarikh yang akhirnya menjadi pilihan tepat untuk tayangan filem Tanda Putera, setelah dua tarikh sebelum ni yang dipilih asyik ditunda...sebab?? sebab ada pihak yang terasa hati kononnya filem tersebut bersifat perkauman...

persoalannya, golongan yang timbulkan persoalan tu, dah tengok ke filem tu? kalau belum tengok, UG cadangkan, pergilah tengok dulu...lepas tu baru layak nak wujudkan persoalan...jangan main sedap cakap jer...

29 Ogos...tayangan filem Tanda Putera dan juga serentak dengan tayangan filem KL Zombi lakonan Zizan Razak...persoalannya, kenapa mesti tarikh yang sama?



UG kurang pasti bab pemilihan tarikh tanggungjawab pihak mana...tapi kenapa perlu sama tarikh tayangan dengan Tanda Putera?? setelah bersusah payah Tanda Putera nak ditayangkan kepada rakyat,tiba-tiba bila da dapat tarikh,ada filem yang nak 'sailang' plak...

ini adalah pendapat UG...biarlah 29 Ogos tu menjadi tarikh tayangan filem Tanda Putera saja...biar rakyat negara ni khususnya anak muda dapat hayati erti kemerdekaan negera...macam mana pemimpin negara ni nak dapatkan kemerdekaan untuk negara ini...

tapi...tu semua terpulang kepada rakyat...UG hanya berikan pendapat...yang pasti UG sarankan semua rakyat Malaysia pergi tengok Tanda Putera...

UG : Jangan lupa bawa tisu sekotak 

'Apa Lagi Cina Mahu' : KJ Ada Pandangan Sendiri



Datuk Seri Najib Razak hanya membuat penilaian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti berikutan tajuk utama Utusan Malaysia pada  akhbar itu 'Apa lagi Cina Mahu' sebaik sahaja pilihan raya umum ke-13 selesai.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Najib hanya menjelaskan pemerhatian beliau tentang pola pengundi Cina yang sebahagian besarnya menolak BN dan pola pengundi Melayu yang kembali menyokong Barisan Nasional.

"Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti.

"Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.

Jelas Khairy, Perdana Menteri tetap meneruskan gagasan 1Malaysia walaupun dengan penuh komited.

"Najib komited untuk mempertahankan pendekatan 1Malaysia sehingga ke hari ini. Beliau telah konsisten dalam berpegang kepada platform dasar inklusif." katanya.

Saturday, 24 August 2013

Pembunuh Altantuya Dibebaskan...


Mahkamah Rayuan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendengar keputusan tersebut melahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar.

Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.

"Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.

Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.

Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.

"Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.

Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.

Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.

Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.

Thursday, 22 August 2013

Permohonan Gereja Ditolak...Kalimah ALLAH Milik Umat Islam



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.

16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

SUMBER

Senarai Nama Mangsa Yang Maut Nahas Bas



Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis (sehingga pukul 2 petang ini):

1. Nama: CHAN FOOK CHOY Jantina: LELAKI Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara, 47100 Puchong, Selangor.

2. Nama: CHAN LAI HUAT Jantina: LELAKI Warganegara: .

3. Nama: SUB MOY @ SAK MOY Jantina: PEREMPUAN Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak, Kuala Lumpur.

4. Nama: SUKHVIV SINGH Jantina: LELAKI Warganegara: INDIA.

5. Nama: RAFIK ALI BUAI HABAC CHU Jantina: LELAKI Warganegara: BANGLADESH.

6. SEK SOOI CHAN Jantina: PEREMPUAN Warganegara: MALAYSIA.

7. Nama: LEE FOOK WAH Jantina: LELAKI Warganegara: MALAYSIA.

8. Nama: LAW TIAW MENG Jantina: LELAKI Warganegara: MALAYSIA.

9. Nama: LAW SEE KEE Jantina: PEREMPUAN Warganegara: MALAYSIA.

10. Nama: AUTHER MASH Jantina: LELAKI Warganegara: INDIA.

11. Nama: YAP HING Jantina: LELAKI Warganegara: MALAYSIA.

12. Nama: MUHAMMAD RASID BIN JANTAN Jantina: LELAKI Warganegara: MALAYSIA.

13. Nama: NG AH HENG Jantina: PEREMPUAN Warganegara: MALAYSIA.

14. Nama: CHOO PENG KWAN Jantina: LELAKI Warganegara: MALAYSIA.

15. Nama: BHUIYAN RIFIQUE ALI Jantina: LELAKI Warganegara:BANGLADESH.

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan.

SUMBER

Kalimah ALLAH Milik Umat Islam...



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedang menunggun di luar Mahkamah Rayuan Persekutuan di sini hari ini bagi menunggu keputusan terhadap permohonan Paderi Besar Kristian Katholik, Tan Sri Murphy Pakiam yang memohon supaya Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible.

Orang ramai yang mula berkumpul diperkarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi tadi berselawat dan melaungkan dua kalimah syahadah sementara menunggu keputusan. 

Kaum wanita yang hadir pula duduk berkumpul di perkarangan mahkamah sambil membaca al-Quran.

Pada 16 Februari 2009, Murphy memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.


Kerajaan Akan Siasat Punca Nahas Bas Sampai 'Lubang Cacing'...Jangan Mudah Tuding Jari



Kerajaan memberi jaminan akan mencari punca nahas bas di Genting Highlands, yang mengorbankan 37 nyawa, dan pihak bertanggungjawab sehingga ke lubang cacing.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan akan dilakukan secara teliti dan rapi.

"Kita akan cari sampai ke lubang cacing punca terjadi tragedi yang cukup menyayat hati ini," katanya ketika diminta mengulas nahas itu ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Menteri Pertahanan di sini, Rabu.

Menteri Pertahanan itu juga meminta agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, khususnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menggariskan cara bagi mencari punca nahas berkenaan.

Hishammuddin turut meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada sesiapa dan menunggu laporan awal lengkap.

"Tunggu dulu. Janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak seperti yang selalu terjadi dalam keadaan beremosi," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan meminta pengunjung tidak melawat pusat peranginan Genting Highlands buat sementara waktu, Hishammuddin berkata semua itu bergantung kepada siasatan awal sama ada ia berkaitan keadaan bas, pemandu atau keadaan jalan.

"Banyak sangat kemungkinan. Jadi, sebelum saya dapat maklumat yang lebih terperinci, saya tidak boleh memberikan keputusan yang tepat berkaitan perkara itu," katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.

37 Maut, Bas Turun Dari Genting Highlands Jatuh Gaung


Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur semalam.

Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.

Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.

Malah ada di antara mangsa kemalangan ngeri itu yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter selepas kenderaan itu terhumban ke dalam gaung. Kebanyakan mangsa maut akibat terhimpit dan tercampak ke bahagian tempat duduk pemandu selepas bas itu terjunam.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

“Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.

“Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

“Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.

Menurut Soiman, sebanyak 452 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan perubatan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa kemalangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memberitahu, setakat ini belum dikenal pasti sama ada terdapat kanak-kanak yang turut terkorban.

“Pasukan menyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan semua mereka yang tercedera dari lokasi kejadian," katanya.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat tempat kejadian.


Wednesday, 21 August 2013

Peminjam LIAT Nak Bayar Balik PTPTN Tak Akan Kena CCRIS



Kabinet hari ini memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tidak meneruskan cadangan menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya selepas ia diputuskan oleh kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih kepada PM dan menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara orang muda," katanya.

Semalam Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno turut menentang tindakan tersebut dan berpendapat kerajaan seharusnya mengambil pendekatan lain bagi mengumpul kembali dana yang dipinjam dari badan tersebut dan bukannya menyenaraihitamkan dibawah CCRIS.

"Keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," katanya.

Artikel Yang Mampu 'Buka Mata' Orang Melayu Di MALAYSIA



Tajuk asal: singapura kerana Malaysia...

SAYA begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.

Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.

Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.

Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.

Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.

Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.

Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?

Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.

Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?

Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.

Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.

Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.

Tulisan: PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH


Mari BERSATU...Hapuskan Golongan BIADAP Ni


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis berhubung sebuah video di laman sosial Youtube yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu menjelang tahun 2030.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil berkata, tindakan individu di dalam video tersebut yang digelar Ustaz Wan Ji merupakan penentangan ke atas perlembagaan selain mengkhianati bangsa melayu di dalam negara ini.

" Tindakan ini mengkhianati perlembagaan yang telah termaktub dan merupakan penghinaan ke atas bangsa melayu," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Turut hadir membuat laporan tersebut ialah wakil Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib.

Azwil menjelaskan, tindakan tersebut adalah penderhakaan ke atas kuasa Sultan dan kerajaan perlu mengambil tindakan serius berhubung perancangan yang dibuat oleh individu di dalam video tersebut.

Katanya, siasatan terperinci perlu dilakukan memandangkan gerakan tersebut telah mula ditubuhkan sejak tahun 2011 dan dikhuatiri mempunyai organisasi terancang yang telah mula melakukan perancangan tersebut.

" Kita gesa kerajaan mengambilkan tindakan sewajarnya ke atas individu-individu ini kerana mereka menderhaka kepada kuasa Sultan.

" Kita perlu siasat kerana ternyata mereka telah mempunyai organisasi terancang dan adalah bahaya jika kita tidak banteras perkara ini," katanya.

Beliau menambah, tindakan individu bergelar 'Ustaz' itu yang menyamakan Sultan di negara ini dengan pelbagai gelaran boleh dianggap sebagai kurang ajar.

Klip video berdurasi 3 minit tersebut telah mula dikesan di dalam laman sosial Youtube semenjak bulan Jun memaparkan seorang individu melukiskan pelan perancangan untuk menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.

Individu tersebut melukiskan pelan tersebut di atas papan putih di hadapan beberapa orang di dalam sebuah bilik tertutup.

Tuesday, 20 August 2013

Hentam Tanpa Bagi Cadangan, Bukti Orang Cetek Pemikiran


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sepatutnya mengemukakan cadangan dan bukannya terus menerus menghentam pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa peningkatan kadar jenayah dan kes bunuh yang melanda negara adalah cermin kegagalan dalam 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya 2013.

Malah, menurut Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain kritikan tidak berasas Mahfuz itu bukan sahaja tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan sedia ada.

"Saya ingat lebih baik jangan menghentam Datuk Seri Najib. Beritahu macamana caranya nak menyelesaikan masalah. Menghentam tidak akan menyelesaikan masalah. Bagitahu idea macamana,

"Pembangkang juga yang minta Barisan Nasional menghapuskan ISA, akta tahanan polis dan semua tu. Bila jadi macam ni nak salahkan Najib pula. Najib sudah mengambil cadangan itu yang kononnya bila hapuskan ISA akan aman damai," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini yang mendakwa Najib gagal mentadbir negara dalam 100 hari pemerintahannya sehingga menyebabkan peningkatan kadar jenayah dan kes bunuh muktahir ini.

Malah, Naib Presiden PAS itu mendakwa tempoh 100 hari pentadbiran BN selepas PRU13 masih tidak memberi gambaran jelas untuk meringankan beban rakyat.

Katanya, kegagalan itu terpamer berikutan peningkatan kos sara hidup rakyat hari ini.

Dakwanya lagi, pemimpin Umno-BN mengenepikan tanggungjawab kepada rakyat sebaliknya hanya memikirkan cara untuk mengukuhkan kedudukan dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu pada Sepetember depan.

Mengulas lanjut Atory berkata, kenaikan harga barang berlaku bukan kerana kegagalan Perdana Menteri, sebaliknya ia berlaku berikutan musim perayaan.

Justeru katanya, adalah tidak wajar untuk Mahfuz mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah lagi beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi.

"Harga barang meningkat ini bermusim. Kalau setakat YB Mahfuz, pada saya janganlah cepat melatah, melainkan dia salah seorang ahli akademik, ahli ekonomi, bolehlah kita terima. tapi dia bukan ahli ekonomi," ujarnya. 

Monday, 19 August 2013

KJ Perlu Lagi Sepenggal Untuk 'Pikat' Golongan Muda Sokong UMNO



Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam parti pada pemilihan Agung Umno 2013 yang akan berlangsung September ini.

Menurut Khairy, keputusan tersebut dibuat setelah membuat perbincangan dengan pelbagai pihak yang masih memerlukan kepimpinan beliau dalam sayap parti itu.

"Saya membuat keputusan (pertahankan jawatan) setelah mendapat maklum balas daripada pimpinan akar umbi yang dikatakan masih memerlukan kepimpinan saya dalam sayap parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbukanya di sini semalam.

Khairy yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau itu turut berkata tempoh sepenggal yang diberikan kepadanya untuk menerajui sayap parti itu tidak mencukupi dan memohon diberi tempoh sepenggal lagi bagi membuktikan kepimpinannya.

"Bagi saya, tempoh sepenggal yang diberikan kepada saya tidak mencukupi dan saya perlukan tempoh yang lebih untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pengundi muda untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional," ujarnya.

Tambah Khairy , secara peribadinya beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan tahun 2009.

Mesyuarat Cawangan Umno dilanjutkan dari 31 Ogos kepada 15 September ini manakala pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dipinda dari 7 September kepada 21 September.

Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober dan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi Umno ditukar dari 7 September kepada 28 September.

Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi Umno dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober.

Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 sehingga 7 Disember depan.

Friday, 19 July 2013

Nik Aziz 'Hasut' Pengundi Besut Undi Pas, Masuk Syurga



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya malam tadi di Kampung Beris Pak Abu dilihat mengingkari janji PAS untuk berkempen secara sihat dan berhemah khususnya ketika Ramadan apabila menuduh parti lawan dengan pelbagai dakwaan.

Menurut Niz Aziz, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut digesa supaya menolak calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno kerana parti itu didakwa tidak memperjuangkan ajaran Islam.

"Umno tolak Islam...ambil (semangat) kebangsaan. Parti mereka pun guna bahasa Inggeris...tapi nak bela orang Melayu.

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat? Adakah di akhirat nanti bila ditanya...kamu bangsa apa? Melayu...haa boleh masuk syurga. Senang la macam tu.

"Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat, sebab itu Nabi Muhammad SAW bukan pembela bangsa Arab tapi pembela Islam," katanya.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga mendakwa  perjuangan Umno di atas semangat kebangsaan untuk membela bangsa Melayu tidak akan membawa ke syurga.

Nik Aziz turut mendakwa Umno merosakkan pemikiran rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk masjid hingga menyebabkan umat Islam menjadi kedekut.

"Umno suruh buat masjid, tapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja.

"Kenapa saya kata tidak akan buat masjid? kerana Umno khianat kepada otak orang Kelantan. Mereka buat banyak masjid, surau. Akhirnya orang Kelantan menjadi kedekut.

"Cari duit hanya buat rumah, beli tanah, beli kereta...masjid tak buat. Ini satu kecelakaan yang menimpa," katanya.

Menerusi ceramahnya Nik Aziz turut menggesa pengundi termasuk calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman supaya mengundi PAS.

"Tolonglah...bukan sahaja orang PAS, tapi saya nak minta calon Umno sendiri undi PAS.

"Apa yang tak kena dengan PAS? PAS sebut tentang Islam...yang tolak Islam bukan Cina, tapi Umno yang menolak Islam," katanya.

Wednesday, 17 July 2013

ALVIN & VIVIAN...Pasangan Tak Ada Akal...



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh disifatkan sebagai orang yang tiada akal.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan pasangan itu boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat.

"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," katanya.

Tambahnya, tindakan pasangan itu dikhuatiri boleh menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat dan hukuman keras harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.

"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Tuesday, 16 July 2013

PAS 'TAKUT' Pertahankan Islam...


Pas didesak membantah serta mengecam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd Zainul Fitri Othman berkata, Pas perlu mengambil tindakan mengecam selaras dengan misi parti tersebut dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

"Pas perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan yang dikeluarkan oleh Marino  selaras pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain.

"Namun sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pas.Kerana apa? Kerana parti Islam yang tegakkan daulat Islamiah itu sudah bertukar daulahnya untuk ke Putrajaya," katanya dalam rancangan Hello Malaysia di Bernama TV, Saluran 501 malam tadi.

Rancangan yang bersiaran secara langsung selama sejam itu menampilkan Sherkawi Jirim sebagai moderator manakala Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Ali dan Mohd. Zainul Fitri sebagai ahli panel dalam membincangkan tajuk 'Campur Tangan Vatican City'.

Sebelum ini, Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini baru-baru ini  mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Namun sehingga kini Pas masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang ditimbulkan Marino itu.

Tambah Mohd. Zainul Fitri, jika tiada tindakan tegas diambil terhadap Marino yang mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di negara ini, jelas memperlihatkan kelemahan pemimpin serta orang melayu Islam yang tidak bersatu dalam mempertahankan kalimah Allah.

"Perkara ini seolah-olah diperkotak-katikkan oleh orang luar. Seolah-olah melayu kita tidak bersatu. Salah siapa? Mungkin silap pemimpin yang egois? Pemimpin yang mementingkan iedologi? Terlalu menjaga teman tertentu, jaga rakan-rakan di luar? 

"Bila ini berlaku (tidak bersatu), siapa yang nampak lemah? Orang melayu, edisi kerajaan, pemimpin Islam, pemimpin yang mempunyai wadah perjuangkan Islam akan nampak lemah," katanya.

Beliau berkata sedemikian bagi menjawab pertanyaan seorang pemanggil yang bertanyakan di mana Pas dalam menangani isu ini dan orang melayu kelihatan tidak bersatu dalam memperjuangkan Islam kerana fahaman politik yang berbeza.

Sementara itu, Hasan Ali berkata, Vatican City tidak berhak campur tangan dalam urusan membabitkan umat Islam di negara ini.

"Kalimah Allah adalah untuk umat Islam dan kita tidak boleh membiarkan sesiapa pun memperkotak-katikkan hakikat ini," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan Marino supaya tidak bermain api dengan membangkitkan isu yang menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.