Sunday 28 April 2013

"Nik Aziz...Terimalah Hakikat Dah Tua"




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta supaya bersara dan menerima hakikat bahawa beliau sudah tua serta tidak mampu lagi mentadbir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sewajarnya memberi peluang kepada golongan muda untuk menggantikannya.

Beliau berkata, keadaan Nik Abdul Aziz yang selalu uzur dan sering dimasukkan ke hospital membuktikannya tidak mampu lagi untuk menjalankan tugas selaku ketua kerajaan negeri.

"Saya bersara pada usia 76 tahun untuk memberi peluang kepada golongan muda. Kita sudah tua bersaralah, Jangan sampai dah kena usung masih tak mahu berhenti dan hendak jadi Menteri Besar sampai bila-bila.

"Peganglah kepada kebenaran yang awak tidak mampu mentadbir lagi. Berilah peluang kepada orang lain, Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir dengan lebih baik untuk rakyat negeri ini," katanya berucap pada Majlis Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Tok Him di sini hari ini.



No comments:

Post a Comment