Blogger Papa Gomo akan melancarkan manifestonya malam ini bagi menghadapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pelancaran yang akan mengambil tempat di Dataran Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mohd Arip pada jam 8.45 malam ini.
Permatang Pauh akan menyaksikan pertembungan tiga hala antara Papa Gomo, Bekas Pengarah PRU PAS Pulau Pinang Dr Mazlan Ismail dan Anwar.
Pada PRU12, Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah undi 30 348 berbanding pencabar dari BN Pirdaus Ismai dengan perolehan undi sebanyak 16 950.
Kerusi Parlimen tersebut kemudiannya dikosongkan oleh Wan Azizah untuk memberi laluan kepada Anwar.
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kemudiannya menyaksikan pertembungan tiga hala antara Anwar dari PKR, Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN dan Hanafi Mamat dari AKIM.
Anwar memperoleh 31 195 undi berbanding Arif Shah dengan perolehan 15 524 undi manakala Hanafi hilang wang deposit ekoran mendapat 92 undi.
No comments:
Post a Comment