Thursday 31 January 2013

Dr. Dzulkifli Ahmad Halalkan Rumah Pelacuran Di Kuala Selangor???



Macam tak percaya pun ada apabila mendapat berita dari sahabat aku sorang ini. Artikel beliau di SINI yang telah berjaya membongkar siapa sebenarnya dalang yang menghalalkan rumah pelacuran berleluasa di Kuala Selangor.

Jarak antara kampung aku di Sabak Bernam dengan Kuala Selangor tidak jauh mana. Jika hendak ke Kuala Lumpur pasti akan melalui kawasan pekan kecil itu. Tapi tidak disangka-sangka, pekan kecil yang berkepadatan penduduk majoriti nya Islam dan Ahli Parlimennya juga Islam PAS, tidak mengetahui akan kewujudan rumah maksiat tersebut.

Bukan hendak menuding jari mencari salah sesiapa namun itulah hakikatnya. Apabila kemaksiatan berlaku di depan mata tiada dicegahnya. Dikatakan UMNO pelopor maksiat di Malaysia. Banyak anak luar nikah salah UMNO, banyak sumbang mahram salah UMNO, rumah pelacuran salah UMNO?

Jadi, ada apa-apa nak komen? Kalau rumah pelacuran kat Kuala Selangor yang berahli parlimenkan Pengarah Strategik PAS, Dzulkifli Ahmad adakah juga salah UMNO?

Sedarlah...

Wednesday 30 January 2013

Wahhh...Hebatnya Khalid Ibrahim...Rela Disaman Oleh Rakyat Selangor??


Wahhh...UG kagum dengan keberanian Khalid Gagap ni...dia mengalu-alukan dirinya di bawa ke muka pengadilan oleh 50, 000 warga emas di Selangor...hebatkan?? hahahaha...betul ke hebat?? jangan bila tindakan dah diambil, terus tergagap-gagap nak pertahankan diri...nanti mula la buat cerita bukan-bukan....


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal dibuat kira-kira 50, 000 warga emas di Selangor.

Tindakan undang-undang itu dibuat setelah kerajaan negeri Selangor dilihat gagal untuk melaksanakan caruman takaful seperti yang dijanjikan oleh kerajaan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya bersetuju untuk berdepan dengan tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran.

"Kerajaan negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.

“Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu. Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful)," katanya pada sidang media di Shah Alam semalam.

Beliau berkata demikian bagi memberi reaksi terhadap tindakan 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam yang mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008. SUMBER.

UG : manifesto PRU12 pon tak mampu nak lunas kan...ade hati nak menang PRU13 nanti?? jangan mimpi la...hahaha....

KINI...Orang Asli Pula Jadi Mangsa Kerajaan Negeri Selangor???




lepas satu-satu 'kekejaman' di negeri Selangor dibongkarkan..terbaru, tanah milik orang Asli pulak menjadi mangsa pindak milik tanpa pengetahuan mereka...

Tanah milik orang asli Mukim Tanjung 12 daerah Kuala langat seluas 17900 ekar didakwa telah dipindah milik oleh Pejabat Tanah Daerah tanpa pengetahuan masyarakat tersebut selama lebih tiga tahun.

Wakil orang asli kawasan, Raymond berkata, tanah ini telah di pindah milik dan dijual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan orang asli.

"Pekara ini telah diberitahu oleh pegawai tanah Daerah Kuala Langat mengatakan fail-fail yang terkandung dokumen pindah milik telah disimpan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
'
"Saya mendapati satu penipuan yang dilakukan oleh pihak atasan di pejabat tanah bahagian SUK ini," katanya selapas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (IPD) di sini hari ini.

Turut hadir anak kepada penghulu orang asli, Jafrin Bin Malam dan wakil orang asli Ramli Untung.

Menurut Raymond, tanah yang seluas 17900 ekar itu telah diceroboh oleh beberapa syarikat untuk mengambil pasir dan tanah merah dikawasan tersebut.

"Kita telah menghantar banyak surat kepada SUK dan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri tetapi mereka tidak pernah balas dan tiada jawapan."

"Kebanyakan pencerobohan mahu mengambil pasir secara haram," katanya. SELANJUTNYA.

UG : wahai rakyat Selangor..pikir-pikirkanlah...PRU13 nak dekat ni...hikhikhik....

Monday 28 January 2013

Ikut Najib Ke Gaza, Nasharuddin Dilucutkan Jawatan???




Keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media.

Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi.

"Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Namun tegas Nasharuddin, beliau akan tetap meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam sama ada memegang sesuatu jawatan atau tidak.

"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu,itu adalah hak parti.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujarnya. SUMBER 

Thursday 24 January 2013

Tahniah Buat PM....Pembangkang Cemburu Sebab Tak Mampu Lawat Gaza Seperti Anda



Sesi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bukanlah sesuatu yang harus diperlekehkan...malah kita sebagai rakyat Malaysia patut bangga sebab PM sanggup pergi ke sana bagi menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin...

tapi pembangkang masih sama...busuk hati dan mengecam tindakan murni PM tu...kenapa? sebab mereka sendiri tak mampu nak buat macam tu...tapi ada hati nak mentadbir negara ni...

UG bangga dengan tindakan PM ke sana...sekurang-kurangnya kita bukan hanya bercakap saja 'Free Gaza' malah ada tindakan yang dibuat...

walaupun hanya memberikan sumbangan yang tak seberapa dan membuat lawatan ke sana..sekurang-kurangnya mereka tahu ada yang masih bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka...

so..dari situ pon pembangkang tak dapat nak pikir ke apa yang PM cuba buat? kenapa masih ada yang nak kecam tindakan tu??

gambar dibawah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat...kalau di teliti dan difikirkan...patut ke seseorang yang tergolong dalam parti yang ingin memperjuangkan Islam berkata sedemikian??

ermm...sedikit pon tidak menggambarkan apa yang ingin diperjuangkan oleh parti...


Artikel Khairy Jamaluddin Selar Tindakan Nasrudin DI SINI

UG : nak ucap tahniah kat PM & Isteri...sebab ke sana...menjadi wakil kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyampaikan tanda sokongan kepada rakyat Palestin...*agak-agak PM & Isteri tahu tak UG sampaikan ucapan tahniah ni?? :)) *

Sumpahan Rosmah Sah Atau Tidak??


sebelum ini UG ade buat entri pasal ROSMAH BERSUMPAH....fuuhhh..tak sangka ramai yang prihatin pasal sumpahan Rosmah ni..mana taknye...pembangkang sibuk tuduh Rosmah ade cincin RM24 juta...tiba-tiba tuan punya badan yang kene tuduh, bersumpah yang dia memang tak de cincin tu..

Video kat bawah ni, Ustaz Fathul Bari menjawab persoalan yang ditanyakan mengenai sumpah tersebut..adakah sumpah tersebut sah atau tidak??



Jelas?? dah tau jawapannya? UG rasa pembangkang dah boleh berhenti dari bercakap pasal cincin ni...


UG : setuju dengan Datin Seri Rosmah...kalau ade pape kemusykilan...tanya terus pada tuan punya badan...

Wednesday 23 January 2013

Ibu Tunggal Di Selangor Memperolehi Kemenangan Yang PERTAMA....


Ibu tunggal di Selangor memperolehi kemenangan yang PERTAMA...selepas  Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman 2,020 ibu tunggal.

Baguslah...sekurang-kurangnya pembatalan saman ni boleh'bukak mata' kerajaan Selangor untuk tunaikan janji mereka....

Dah pandai berjanji...pandailah tunaikan... Sebelum menang bukan main lagi janji itu ini...bila dah menang...timbul isu itu ini...aniaya orang sana sini...

ARTIKEL DI SINI

Tuesday 22 January 2013

PR Buat Lawak Tahap Maharaja Lawak Mega...



Gambar yang dah sebar meluas kat Facebook..UG rasa nak tergelak dengan berita ni...pandai Pakatan Rakyat buat lawak tahap Maharaja Lawak Mega...isu rumah dengan Selangor tak selesai lagi...PR turun ke Sarawak plak untuk menabur bakti membina rumah panjang bagi rakyat di sana.

Artikel berkaitan isu rumah......

Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi diminta memberi penjelasan berhubung isu perumahan yang didakwa wujud unsur penipuan.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan Kerajaan Negeri yang enggan memberi sebarang maklum balas berhubung pendedahan itu menguatkan lagi fakta percanggahan maklumat berdasarkan pembentangan perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun)  26 Mac lalu.

"Terbaru, Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.

"Namun, selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status kos tinggi," ujarnya.

Turut serta pada sidang media ini termasuklah Majlis Belia Selangor (MBS) dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak PKNS menukar status perumahan yang bertentangan dengan cadangan awal pembinaan iaitu bertaraf kos sederhana.

"Pihak kami telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu.

"Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430 ribu," katanya.

Budiman turut mengecam tindakan Kerajaan Negeri yang bertindak mengenakan harga permulaan yang terlalu tinggi.

"Ianya sudah jelas membuktikan Kerajaan Negeri sengaja membina rumah yang ternyata gagal dimiliki golongan muda. Maka persoalan yang seterusnya timbul adalah kenapa perkara sedemikian berlaku dan siapakah sasaran utama pemilik rumah ini?" soalnya.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi jaminan bakal membina 23,637 buah rumah kos rendah bagi menampung keperluan penduduk berpendapatan rendah di Selangor.

Setakat ini, sebanyak 287 buah kediaman daripadanya telah siap dibina.SUMBER 



Saturday 19 January 2013

Pembangkang Semakin Terdesak,Sampai Terpaksa Babitkan Pelajar



Pembangkang cuba untuk buat taktik kotor bila mengedarkan bible bahasa Inggeris yang ada tulisan jawi di hadapan sekolah...apa motif mereka nak buat macam tu? nak tagih simpati dari golongan pelajar? pembangakang dah kehabisan idea..sebab tu buat perkara terkutuk ni...

Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam. 

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin. 

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. 

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. 

Beliau berkata, pihaknya percaya ia sengaja dilakukan untuk mencabar kesabaran umat Islam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dalam perutusan sempena Hari Krismas, baru-baru ini. SUMBER

Jika benar mereka nak cabar kesabaran umat Islam..UG ini bukan caranya...Umat Islam akan sentiasa bersatu untuk pertahankan agamanya...kalau nak tagih simpati sekali pon, tak perlu libatkan pelajar sekolah...

Friday 18 January 2013

Apabila Rosmah Bersumpah....


DS Rosmah Mansor berani bersumpah dia tak ada pon cincin itu...cincin ape? cincin yang bernilai jutaan ringgit yang pembangkang sibuk duk canang-canang tu..

so UG rasa, bila Rosmah sendiri dah berani bersumpah pasal cincin tu, kalian mesti da pandai fikir kan..

sumpah-sumpah bukan perkara main-main wei...


Wednesday 16 January 2013

Anwar Elak Jumpa KJ Kat Mahkamah...Takut Kantoi...

fuuhh....nasib baik aku pikir nak selesaikan luar mahkamah..
kalau tak, makin banyak lah benda terbongkar...


Anwar yang diagung-agungkan oleh pengikutnya tak lah sehebat mana pon...mana tak nyer, Anwar meminta kes diselesaikan diluar mahkamah tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

UG rasa kita boleh pikir secara logik kenapa Anwar buat keputusan tu...sebab??sebab takut banyak benda lagi yang akan 'kantoi' bila hal dia di bawa ke mahkamah...UG rasa KJ pon banyak lagi kerja lain yang lebih penting daripada nak layan kes Anwar ni...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Sementara itu, Anwar dalam mesej Twitter berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Khairy menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya, yang dikeluarkan lima tahun lalu.

"Mahkamah: saman saya terhadap Khairy kerana menuduh saya boneka Amerika; Israel dan pengkhianat Melayu (ucapan beliau 07 sebagai bukti).

"Pagi tadi di mahkamah beliau menafikan beliau pernah membuat tuduhan tersebut. Saya berpuas hati dengan penarikan balik fitnah jahat beliau," katanya kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. SUMBER



Tuesday 15 January 2013

Mat Sabu Tetap Pendirian...Ambil Keputusan Untuk Jadi Lalang...




hahaha...aku ingat Nik Aziz Jer Sakit Kepala bila Pas tak 'sebulu' pasal penggunaan kalimah Allah ni...rupa nya Mat Sabu pon pening kepala jugak??

sebelum ni, Mat Sabu beriya sokong, biarkan bukan Islam gunakan kalimah Allah, tup tup...hari ni kuwa kenyataan setuju dengan Majlis Syura Pas plak...

errmmm...dasar lalang la Mat Sabu ni...tu lah..sebelum nak buat keputusan, pikir perabih dulu...

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
   
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
   
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
   
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
    
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
   
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu - SUMBER 

UG : Mat Sabu pon dah jadi lalang...tak tau mana satu nak ikut...Pas kene pikirkan cara untuk atasi masalah tidak 'sebulu' ini....

Monday 14 January 2013

Nik Aziz Sakit Kepala...Pas Tak Tau Buat Keputusan Isu Penggunaan Kalimah Allah



Pas semakin tidak sehaluan...Majlis Syura Pas telah putuskan untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam...apa dah jadi ni? ahli-ahli parti yang heboh untuk memperjuangkan Islam pon tak sepakat hal kalimah Allah ni...

KLIK DI SINI untuk kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas

Majlis Syura Pas tak benarkan kalimah Allah itu digunakan dalam mana-mana rujukan agama bukan Islam...TAPI presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian rasmi membenarkan kalimah Allah dijadikan sebagai rujukan kepada Agama bukan Islam. DI SINI

So, korang nampak tak yang mereka tidak 'sebulu' dalam hal ni?? 

Hari ni, dengan lantangnya, Datuk Zulkifli Noordin cabar Hadi Awang untuk tarik balik keputusan yang telah dibuat...persoalannya...berani ke Hadi Awang nak tarik balik keputusan tu setelah bersetuju dengan DAP dan PKR untuk benarkan orang bukan Islam gunakan kalimah Allah?? KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Saturday 12 January 2013

Ini Lah Penghasut, Perosak Negara...


Ni lah antara orang yang merosakkan negara...berani buat pengakuan untuk hasut rakyat negara ni untuk sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka.

Aktivis politik, Hishammuddin Rais buat pengakuan terbuka tu di hadapan peserta pada Malam Ambang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

UG rasa, kalau kita pandai fikir antara baik dan tidak, pasti kita tak kan termakan dengan 'hasutan' individu ni...ntah setan apa yang rasuk dia sampai dia pon terfikir nak hasut rakyat untuk gulingkan kerajaan.

KLIK DI SINI untuk artikel.




UG nak kalian tengok la video ni...then, korang pikir lah...

Thursday 10 January 2013

Sini Cakap Lain...Sana Cakap Lain...Orang Pas Pening Tak Tahu Mana Satu Yang Betul...



UG tahu isu penggunaan kalimah Allah sedang hangat diperkatakan...lebih menyedihkan bila Parti Pas sendiri tidak sebulu lagi pasal hal ni..mana tak nya, Presiden PAS menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.

Sedangkan pendirian tu, terang terang bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas...kenapa?? kenapa perlu ada dua pendirian yang berlainan dalam isu yang sama? 

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.


KLIK DI SINI untuk artikel keputusan PAS benarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

UG : sebagai Islam, kita perlu pertahankan hak kita...agama kita...kita kena pertahankan...

Wednesday 9 January 2013

Rakyat Tak Perlukan Pemimpin Macam Anwar Yang Persoalkan Hak Sultan

saya berangan nak jadi PM...agak-agak tercapai tak??


Anwar...Anwar...Anwar...ada hati nak jadi PM...ada hati nak tadbir negara...Titah Sultan Selangor pon dia boleh pertikaikan...ada hati nak tadbir Malaysia ni?? 

UG rasa elok sangat dah Anwar lupakan angan-angan 'mat jenin' dia tu nak tadbir negara...Malaysia tak perlukan rakyat yang ingkar titah Sultan...bukan lagi nak majukan negara...lagi nak menghancurkan ada lah...

Dipetik dari MSTAR ONLINE...Anwar pertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

"Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor...bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat dan tidak kepada Umno," katanya dalam nada sinis pada sidang media .

Tak hairanlah kalau lepas ni, ramai pihak nak kecam tindakan Anwar ni...

Jalur Tiga (JATI) hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan titah Sultan selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mearang penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Timbalannya, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan ketua pembangkang itu boleh dipertikaikan dan jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak layak untuk mentadbir negara.

"Tindakan Anwar jelas menunjukkan kedangkalan dan kejahilan. Macam mana nak jadi Perdana Menteri jika peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan hak mutlak yang jatuh kepada raja-raja Melayu tidak faham.

"Bukan hak dia (Anwar) untuk mempertikaikan perkara yang jelas ada peruntukkaan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Tuesday 8 January 2013

Rafizi....Nak 'Putar' Apa Lagi Lepas Ni???



Putar belit memang dah serasi dengan pembangkang...terbaru, Deepak pulak dakwa Rafizi menjadi 'si pemutar belit' terhadap semua kenyataan yang diberikan kepada media berhubung dokumen yang berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Deepak cabar Rafizi kemukakan bukti....apa macam Rafizi?? Ada berani??


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini meminta agar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kemukakan bukti bahawa  terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

"Saya minta Rafizi mengaku saja, siapa sebenarnya yang bagi dokumen tersebut kepadanya...jangan menyusahkan orang," kata kepada pemberita.

KLIK DI SINI untuk berita selanjutnya.


UG : Semakin lama, makin banyak perkara yang di 'putar' oleh pembangkang ni...UG pon naik busan dengan sikap pembangkang...


Friday 4 January 2013

Kerajaan Selangor GAGAL...GAGAL...dan masih GAGAL....




Kerajaan Negeri Selangor seharusnya mempunyai pelan jangka pendek jika tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat berhubung jalan penyelesaian mengenai krisis air yang berlaku di negeri itu.
 
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu boleh disifatkan sebagai gagal dalam pengurusan keperluan asas penduduk berikutan krisis air yang melanda hampir 100, 000 penduduk di Lembah Klang.
 
“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.
 
“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang  berlaku di beberapa kawasan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas keadaan kira-kira 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.