Monday, 22 April 2013

Dayangku Intan Nak Lawan Azalina Sebab Dah Tak Laku Jadi Penyanyi...




"Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami," itu kata penyanyi terkenal 80-an.

Beliau bakal menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Penyanyi berusia 47 tahun itu berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.

Dalam perjuangannya beliau berhasrat berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasan berkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskinan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.

Selain mendedahkan keputusannya menyertai parti pembangkang juga di dorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.

“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya yang masih lagi aktif bergelar penyanyi walaupun bergelar ahli politik.

SUMBER.

No comments:

Post a Comment