Wednesday, 15 May 2013

Akhirnya...Inilah Senarai Kabinet Diumum Najib...




Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan                              

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh                                               
Timbalan Menteri:
Yap Kain Ching
P Kamalanathan

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein                                                                    

Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman                                              

Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof

Menteri Kesihatan:
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin                                  
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad                     

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah
                          
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili   

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal                       

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan  

Tuesday, 14 May 2013

Khalid Gagap Angkat Sumpah Jadi MB Selangor..ehh?? Dah Percaya Dengan Keputusan SPR Ke??




Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua hari ini melafazkan ikrar aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.05 pagi ini.

Ini merupakan pertama kali pemegang jawatan itu melafazkan ikrar aku janji.

Ikrar aku janji itu dilafazkan Abdul Khalid merangkumi 10 perkara yang perlu beliau penuhi dan patuhi dalam tempoh memegang jawatan itu.

Antara aku janji tersebut memastikan agama Islam tidak diganggu gugat, mempertahankan institusi raja, memastikan hak orang Melayu terpelihara dan menjaga hak sah kaum lain serta mendahulukan rakyat.

SUMBER

Sunday, 12 May 2013

Pembangkang RACUN Anak-anak Muda???



Memorandum yang diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada beberapa pergerakan belia dan mahasiswa semalam dibuat berdasarkan fitnah dan hasutan termasuk daripada pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab dan media sosial.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata memorandum itu jelas menunjukkan bahawa ia dibuat tanpa penyelidikan dan oleh mereka yang tidak memahami undang-undang negara.

"Inilah akibat meracuni fikiran anak-anak kita, pelajar kita di universiti-universiti, kolej-kolej, dengan pembohongan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata memorandum itu antara lain menyebut tentang kehadiran pengundi asing pada pilihan raya umum Ahad lepas, sedangkan penjelasan telah diberikan  mengenai proses pendaftaran pengundi di negara ini iaitu adalah mustahil untuk warga asing mengundi.

Mengenai manipulasi dan penipuan yang didakwa dilakukan SPR termasuk mengenai pengundi hantu, beliau meminta bukti-bukti mengenainya dibawa ke mahkamah.

Wan Ahmad berkata golongan muda selalunya mempunyai sikap 'menentang' dan ingin membuat perkara  yang berlainan, dan perkara itulah yang diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab.

"Saya difahamkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya (Rabu lepas), 80 peratus (yang hadir) adalah berusia 40 tahun ke bawah dan ada sebahagiannya tak sampai umur 21 tahun, tak tahu apa tapi seronok pergi stadium. Pemimpin (pakatan rakyat) ambil kesempatan cakap berapi-api kerana kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri, inilah yang berlaku di negara kita sekarang," katanya.

Wan Ahmad menegaskan apa yang dibuat SPR adalah mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara dan parti-parti politik sedia maklum  mengenai undang-undang tersebut, malah banyak buku-buku penjelasan mengenainya telahpun diterbitkan.

"Anak-anak muda yang dihasut pemimpin pembangkang mungkin tak baca buku undang-undang, tapi pemimpin politik baca.



"Kalaulah pihak berwajib tidak membetulkan segala dakyah yang berlaku ini, amat malang sekali kerana Malaysia sudah berjaya dalam pelbagai bidang, kemajuan ekonomi, sosial...proses demokrasi berlandaskan undang-undang, namun pihak yang kalah mengajar rakyat tak mahu terima undang-undang akan membawa negara ke arus kehancuran," katanya.

Jumaat lepas, sekumpulan kira-kira 50 pemuda yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa  Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum kepada SPR di sini antaranya mendesak pegawai SPR  meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baharu dan pilihan raya umum diadakan semula. 

Friday, 10 May 2013

Khalid Gagap TAK LAYAK Jadi MB Selangor???




Portfolio Menteri Besar Selangor yang digalas oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sejak 2008 dilihat tidak begitu memberangsangkan ekoran mendapat banyak aduan daripada penjawat awam dan peniaga di negeri tersebut.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, aduan turut diterima daripada masyarakat setempat kerana tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan yang dibawa oleh Khalid.

"Aduan diterima dari penjawat awam dan masyarakat perniagaan yang merungut dengan amalan birokrasi yang melampau dan bukan pentadbiran yang bersifatkan reformasi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Semalam, ketika ditemubual oleh pemberita, Azmin menyatakan jawatan Menteri Besar harus dipegang oleh seorang yang tegas dan mempunyai visi yang jelas.

Katanya, sesiapa yang memang portfolio tersebut harus berdiri diatas kaki sendiri dan tidak menurut perintah dari orang lain.

Azmin sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ekoran pemimpin PKR terlepas pandang untuk mempertimbangkan beliau untuk mempertimbangkan beliau bagi menyandang jawatan tersebut pada 2008.

Tuesday, 7 May 2013

Papa Gomo Ditahan???



Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jason ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Selasa.

"Kami tidak akan berehat sehingga mereka yang menyebarkan penipuan dan menyiarkan mesej berbaur perkauman ditahan...kami percaya lebih ramai akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Perdana.

Menurut Syed Ismail, kedua-dua suspek akan direman pada Rabu.

Beliau berkata, Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.

Sementara itu, polis turut menyiarkan tweet bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi elemen hasutan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.

Monday, 6 May 2013

Nasihat Tun M Kepada Anaknya....




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan rasa syukur kerana Kedah kini kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) selepas lima tahun diterajui pakatan pembangkang.

"Kerajaan BN akan menjalankan tugas dan menunaikan segala janji membangunkan Kedah supaya sama dengan negeri-negri lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baharu, di Istana Anak Bukit, di sini Isnin.

Susulan kejayaan BN membentuk kerajaan negeri selepas menang majoriti mudah iaitu 21 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan, anak beliau Datuk Mukhriz yang memenangi kerusi DUN Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Mengenai pelantikan anaknya, Dr Mahathir berkata beliau mahu Mukhriz menjalankan tugas sebaik mungkin dan berusaha sedaya upaya menunaikan janji untuk membangunkan negeri itu.

"Bekerja baik dan bekerja kuat, jangan kira diri sendiri, jangan bagi orang tuduh terlibat dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia," nasihatnya kepada Mukhriz.

Beliau juga mengingatkan Mukriz agar tidak menyalahgunakan kuasa dan mandat yang diamanahkan rakyat.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10.

Beliau yang pada pilihan raya umum lepas bertanding dan menang di kerusi Parlimen Jerlun serta dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN bertanding peringkat negeri pada pilihan raya umum ke-13 yang berakhir, Ahad.

Beliau mengatasi calon PAS yang juga penyandang Abd Ghani Ahmad di DUN Ayer Hitam dengan kelebihan 2,446 undi.





Najib Angkat Sumpah Sebagai PM...




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, lapor Bernama.

Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN.