Thursday 11 April 2013

Hasan Ali Beri 'AMARAN' Kepada Pengundi ISLAM....



Jalur Tiga (JATI) memberi saranan agar pengundi Melayu Islam di Malaysia untuk memilih dan mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata,semua pengundi Melayu Islam wajib mengundi UMNO/Barisan Nasional dan menolak Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU atas sebab-sebab tertentu khususnya menjaga hak asasi umat Islam di Malaysia.

"Diharapkan dalam PRU13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya dapat membantu merungkaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak PR.

"Jati telah membuat keputusan bahawa seluruh pengundi Melayu Islam atas sebab-sebab yang yang telah diberikan wajib memberi undi mereka kepada UMNO/Barisan Nasional," katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Beliau turut menyedari bahawa keputusan Jati memberi keputusan mewajibkan pengundi Melayu Islam untuk memberi undi kepada UMNO/Barisan Nasional akan mendapat tentangan pelbagai pihak.

Bagaimanapun beliau menegaskan Jati bersedia menghadapi tentangan daripada pelbagai pihak malah bersedia untuk berdialog atau berwacana dengan sesiapa demi memperjelaskan sesuatu Haq.

"Jati sedar keputusan yang dimbil ini mungkin akan dicabar oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi atas nama prinsip dan atas nama satu perjuangan serta atas nama jihad, Jati bersedia menghadapi tentangan.

"Jati juga bersedia untuk berdialog atau berwacana dengan sesiapa sahaja demi memperjelaskan sesuatu Haq," ujarnya.

Menurutnya, ketiga-tiga parti komponen PR ditubuhkan bukan untuk mengagungkan Islam sebaliknya beliau melihat PR ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan maruah Melayu Muslim.

"Jati tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan pun kepada PR dan ketiga-tiga parti komponennya untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja.

"Hal ini jelas terbukti dalam isu-isu berkaitan dengan Kalimah Allah yang hendak disyirikkan, Hudud yang telah digugurkan, negara sekular yang akan dibentuk, fahaman liberalisme barat yang menjadi asas bernegara, fahaman pluralisme yang akan dijadikan asa beragama, menghapuskann hak istimewa orang Melayu dan sebagainya," tegasnya.

No comments:

Post a Comment