Saturday 29 September 2012

Belanjawan 2013 Mesra Rakyat..Itu Pun Ada Yang Tak Puas Hati?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 28 September telah membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.


5 Aspek utama yang dibentangkan beliau termasuklah :-
1. Meransang Aktiviti Pelaburan.
2. Memperkasa Pendidikan & Latihan
3. Membawa Inovasi dan Meningkat Produktiviti
4. Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Perkhidmatan Awam
5. Mensejahterakan Rakyat.

UG rasa PM kita dah buat research sebelum belanjawan dilakukan..dan pastinya kebajikan rakyat diutamakan...beliau tak pernah abaikan tanggungjawabnya kepada rakyat...tapi UG masih tak faham kenapa masih ada lagi yang tidak reti bersyukur dengan tindakan yang telah PM buat ni....

Belajar- belajar lah bersyukur wahai pembangkang..kalau awak jadi kerajaan pemerintah, belum tentu awak dapat buat sepeti yang dilakukan oleh PM kita sekarang....

Untuk ucapan Belanjawan 2013 yang penuh KLIK DI SINI 

UG: tak sokong belanjawan kerajaan beri, tapi bila tyme dapat bonus, 'ahli-ahli' mereka yang beratur dulu..:p

Monday 17 September 2012

Ooo Khalid Ibrahim...Bila Nak Tunai Janji Ni ??


Uptown Gurl (UG) rasa isu pasal air percuma ni macam dah lapuk pon ade...orang pon naik busan dengan isu ni...Kerajaan Negeri macam dah tak de perasaan jer, walaupun dah banyak pihak mendesak mereka untuk tunai kan manifesto yang telah dorang lemparkan waktu pilihan raya 2008...

terbaru Penduduk Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji kerajaan negeri bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. kita nantikan je lah ape tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri.

Berita lanjut di SINI 


bagi UG, kalau dah nama nyer manifesto..ia haruslah di tunaikan...so tak patut timbul, 'manifesto bukan suatu janji'...kan?? beriya rakyat sokong mereka, bila dah menang, nak lepas tangan plak...dah pandai tabur janji, pandai lah tunai kan....

UG : jadi pengajaran kepada rakyat..bijaklah memilih pemimpin anda...kelak, isu 'janji tak ditepati' ni tak timbul lagi...

Monday 10 September 2012

Bodyguard Anwar Acu Pistol Boleh Plak???

Kalau anda kecam tindakan polis mengacukan pistol pada peserta perhimpunan BERSIH, anda juga harus kecam tindakan bodyguard yang acu pistol pada Pemuda UMNO.


Berita lanjut di SINI 

UG : takut lah main-main pistol ni...nanti kene tembak...:))

Wednesday 5 September 2012

Pompuan Pijak Gambar Najib Serah Diri

Habis hebat lah dapat pijak gambar Perdana Menteri kita? pandai plak serah diri....tu lah...lain kali sebelum nak buat pape, pikir dulu...ke memang dah tak boleh nak pikir?? Uptown Girl (UG) malas nak komen panjang-panjang, korang baca lah artikel ni...Gadis Pijak Gambar PM Serah Diri...


UG : pemimpin haruslah dihormati...faham ke tidak???

Sunday 2 September 2012

PIJAK GAMBAR PM : Dah Cukup Hebat Ke??

Uptown Girl (UG) sedih sangat bila tengor video ni...dorang yang buat perkara keji ni dah rasa bangga dan bangus sangat ker buat bende tu?? dah habis hebat ker??? dan yang paling UG pelik, apa dosa pemimpin kita tu kat dorang sampai macam tu sekali tindakan yang dorang lakukan??

Dah banyak kejayaan yang dilakukan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.....bukan untuk dia dan family nya..untuk rakyat Malaysia jugak..tu pon tak reti nak pikir?? tapi kenapa sampai macam tu sekali tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak??

UG tak nak tuduh sama ada tindakan yang bakal korang tengok ni adalah hasil hasutan mana-mana pihak, tapi memang tak wajar apa yang dorang buat ni....sangat - sangat memalukan....


UG rasa sapa yang terlibat dalam video diatas tu, dah layak dicampak ke negara lain kot..bia dorang tau susah senang nya...dah duduk dekat dalam negara yang aman, makmur tak reti nak bersyukur...

UG : anak sapa lah tu????