Monday 26 November 2012

Rosmah Jawab Soalan Dari Pelajar...Jawab Jangan Tak Jawab...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...bagi DS Rosmah Mansor tiada apa yang perlu membuat dirinya takut jika dia tidak buat salah...tambah lagi bab nak memajukan kanak-kanak di negara ini...cuma pembangkang je yang suka lemparkan fitnah dan cacian terhadap beliau...

tapi yang UG bangga, makin banyak tohmahan pembangkang bagi kat Rosmah, dia makin berjaya  dengan program yang dia jalankan..betul la, jika benda yang kita buat tu benda benar, Allah akan bantu...insyaAllah...

terbaru, Rosmah ada sesi soal jawab bersama kira-kira 300 orang wakil pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Tempatan...pada majlis tu para pelajar bertuah sebab boleh tanya apa sahaja kepada Rosmah....



tenang je Rosmah jawab segala persoalan..walaupun soalan tu menyentuh perihal peribadi dia...

KLIK DI SINI untuk selanjutnya

UG : tak dapat nak 'hentam' PM, bini PM pon jadi...dasar pembangkang....

Saturday 24 November 2012

SAH!!!! Khalid Ibrahim Aniaya Ibu Tunggal...



Lebih 300 ibu tunggal mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada golongan itu.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman, berkata kumpulan itu turut disertai oleh balu bekas tentera dan polis yang berharap nasib mereka terbela.

"Kami mewakili 32,000 anggota persatuan mahu supaya janji ditepati. Kami tuntut apa yang telah dijanjikan bukan suka-suka datang berkumpul," katanya kepada pemberita di sini.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira sejam di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, namun hajat bertemu Abdul Khalid tidak kesampaian kerana hanya Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail tampil menerima memorandum berkenaan.

Rodziah berkata kerajaan Selangor akan meneliti memorandum yang dihantar itu.

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri di bangunan itu turut keluar menemui kumpulan ibu tunggal berkenaan.

SUMBER : SH 

Thursday 22 November 2012

Dakwa UMNO Murtad : Rakyat Kelantan Tolak Nik Aziz??? Kesiannnn......




Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengumpulkan seramai 10, 000 rakyat Kelantan jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Umno parti murtad.
Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu membuat demikian (menarik balik ungkapan) kerana kenyataannya itu (Umno Murtad) boleh mengelirukan serta memberi impak negatif kepada perpaduan umat Islam di negara ini.
Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media.
Nik Aziz telah menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad" dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan media tersebut.
Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Yasman Hashim.


Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon MAIK agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.
Tambahnya lagi, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.
"Perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik," ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu selepas menyerahkan memorandum di MAIK.

SUMBER : KLPOS 

2,020 Ibu Tunggal SERANG Khalid Ibrahim



Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.

Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.

Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

SUMBER : SH 

Wednesday 21 November 2012

Betapa Malangnya Khalid Ibrahim Ada Azmin Ali Dalam Pakatan Rakyat Selangor



Azmin belasah menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai Unisel yang rugi teruk setelah Pakatan Rakyat mengambilalih negeri Selangor.

Azmin mahu Khalid Ibrahim menyelesaikan dengan segera isu pembinaan Condo di Batu Caves yang mendapat bantahan secara meluas.

Azmin juga mahu penjualan harta PKNS dibuat secara lebih profesional bukannya secara rundingan terus.

“Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta),” secara rundingan terus.

Azmin bersetuju banyak pembangunan yang dilaksanakan di negeri Selangor.

Jambatan ketiga di Klang yang akan dibina oleh kerajaan Pakatan luar Tabie ini juga disentuh oleh Azmin kononnya untuk melunaskan janji oleh kerajaan BN yang kala pada PRU12.

Pembinaan Jambatan ini bagi mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada pakatan luar tabie apabila berbagai isu timbul seperti:

Pembelian bas mewah Anwar menggunakan wang rakyat iaitu membuat kontra apabila membeli 50 buah kenderaan lori sampah yang telah out-dated dengan harga yang tinggi.

Penjualan harta hak-milik PKNS dimana bumiputera bernaung dibawahnya sebagai peniaga.

Janji pilihanraya yang belum ditunaikan sehingga kini.

Azmin begitu yakin pakatan luar tabie akan ke putrajaya dan orang yang tersayangnya Anwar Ibrahim pasti akan jadi Perdana Menteri.


SUMBER : OCEAN'S 13

Pembangkang Degil...Kan Dah Kena Halau!!!! Bikin Malu

Kalau dah nama nye pembangkang....sikap 'degil' tu memang dah sinonim dengan mereka...kenapa jadi macam tu? sebab nak tunjukkan kehandalan masing-masing kot...nak tunjukkan yang mereka masih hebat walaupun telah 'ditegur'....

hari ini, di Parlimen gamat sebab ade dua individu yang dibawa masuk ke lobi untuk mengadakan sidang akhbar...dari sumber, dua individu tersebut dibawa oleh Ahli Parlimen Bakri, Eng Teck Hwa.


KLIK DI SINI untuk tahu selanjutnya.


Sebelum ini, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia telah melahirkan rasa kesal selepas beberapa wakil rakyat membawa tetamu dari luar untuk membuat sidang media khususnya di kawasan khas media di Parlimen. BACA DI SINI.


UG : Buat malu je kene halau...kan dah malu ..:p

Tuesday 20 November 2012

Ahli Parlimen Bersatu Sokong Usul Mengecam Serangan Ke Atas Israel




Berikut merupakan 10 resolusi Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan di Parlimen hari ini..Usul dibentangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenteraannya  ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

TERKINI : Usul mengecam serangan kejam Israel ke atas Gaza, yang mengandungi 10 ketetapan, disokong sebulat suara oleh anggota Dewan Rakyat petang ini.

SUMBER : KLPOS 



Rosmah Duduk Tengah Antara Chong Wei dan Isteri...Pembangkang Pulak 'Panas Bontot??'




Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadiannya.
 
Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah, namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.
 
Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di antara kedua-dua pengantin.
 
Ada di kalangan pencetus fitnah menyatakan bahawa kedudukan tempat duduk Rosmah di majlis itu adalah atas permintaan isteri pemimpin nombor negara itu sendiri.



Ada juga cerita lain yang menyatakan bahawa Rosmah telah memaksa Chong Wei untuk menempatkan beliau di kedudukan tersebut.
 
Lontaran fitnah sebegini ternyata dilihat sebagai sesuatu yang remeh dimana ia seolah-olah sengaja dicetuskan bagi memberi gambaran imej negatif terhadap Rosmah.
 
Sehubungan itu, persoalan mengenai sejauhmana dakwaan yang menyatakan Rosmah memaksa Chong Wei untuk meletakkan tempat beliau di tengah-tengah hanya boleh dijawab oleh atlit negara itu sendiri.
 
“Saya yang mahu Datin Seri Rosmah Mansor duduk di tengah-tengah antara saya dan isteri,” katanya.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

UG : Pembangkang 'panas bontot' sebab tak dapat duduk di antara Chong Wei dan isteri..persoalannya, layak ker pemimpin pembangkang nak duduk situ??



Monday 19 November 2012

Pas Peralatkan Agama Demi Politik !!!




Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.

SUMBER : UM 



Saturday 17 November 2012

Gila Kuasa Sampai Sanggup Ketepikan Isu Agama....Alahai Pas!!!



Pas semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Pas untuk menggulingkan BN sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.


Lebih mengelirukan, katanya, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.

“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Katanya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas semakin terdesak apabila parti itu telah terkeluar dari landasan perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam.


“Pas mestilah ada dasar dan hala tuju untuk diletakkan kepada kemahuan rakyat. Bukan menumpukan untuk menggulingkan BN. Ternyata Pas lebih menumpukan kuasa dari dasar perjuangan mereka,” katanya.

SUMBER : SH 




Izzah Bodoh, Bangang..Tak Guna Belajar Tinggi - Tinggi




Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah menerima bahana ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Pada kebiasaannya, perkara sebegini hanya dibiarkan berlalu tanpa memberikan sebarang impak besar seperti yang sering diucapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara.

Mungkin faktor yang disifatkan sebagai kenyataan Anwar di luar negara tanpa boleh dibuktikan kesahihan sumbernya, boleh dianggap dan didakwa sebagai fitnah serta menjatuhkan kredibiliti beliau, walaupun kenyataannya mengenai pluralisme dan hukuman liwat yang dianggap kuno dan ketinggalan zaman mampu membangkitkan amarah umat Islam.

Namun begitu dalam isu membabitkan Nurul Izzah, beliau telah memberikan kenyataan kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja ini boleh ditonton melalui rakaman video di internet dan di laman Youtube. Wajarkah kenyataan beliau juga dianggap sebagai fitnah dan sengaja diadakan atas dasar mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli parlimen dan penganut agama Islam?

Anwar sering menggunakan bahasa yang ditafsirkan sebagai “grey meaning” iaitu suatu kenyataan bermaksud kabur lalu boleh membolosi dakwaan dengan mengatakan “kenyataan saya sudah disalahtafsirkan” mahupun “itu bukan maksud saya sebenarnya”. Namun pengunaan cara yang sama cuba dilakukan oleh Nurul Izzah nyata gagal sama sekali.


KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Thursday 15 November 2012

DAP Edar Risalah Hapuskan Politik Melayu


Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah : "Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."


Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini.



Apa kes ni?? UG nak anda sume KLIK DI SINI untuk berita selanjutnya....



Lagi Cabaran Noh Omar Kepada Khalid Gagap




Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan Selangor agar segera mewartakan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi membela nasib golongan petani di negeri itu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan kerajaan negeri yang sanggup menjual beberapa tanah pertanian termasuk di Taman Agroteknologi Pertanian (TAP) Bestari Jaya, Kuala Selangor selain sebuah lagi tanah TKPM di Ulu Yam yang diusahakan oleh golongan petani sejak sekian lama.

"Pembangkang (Pakatan Rakyat) cukuplah jadi hero pada masyarakat... jaga tanah pertanian dan tolong wartakan tanah TKPM yang ada kalau mereka benar-benar mahu membela nasib rakyat.

"Kita sedar, tanah itu tanah kerajaan negeri, tetapi pembangunan di kawasan tersebut melibatkan kementerian pertanian serta kerajaan di mana ia telah dibangunkan berpuluh tahun lamanya untuk tujuan pertanian,"

"Kalau dia betul-betul nak tolong sektor pertanian negeri ini dan ikhlas untuk membantu, saya cabar dia agar segera mewartakan tanah (TKPM) ini,"katanya.

SUMBER : OCEAN'S 13

Saturday 10 November 2012

Rafizi Ceroboh Hak Ahli Parlimen....Salahkan Nazri Aziz Pulak??




"Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen. Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat."
 
Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
 
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan ‘Parlimen Malaysia Sidang Media’ disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
 
Noh berkata, beliau bersetuju dengan larangan yang dibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.
 
"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.
 
Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, semalam.
 
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat.
 
"Saya pernah berhadapan situasi ini. Sebagai menteri dan Ahli Parlimen, saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.
 
Saya hairan, dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.
 
"Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen, tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.
 
Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat, kata Noh, dia tidak akan buat sidang media di lobi Parlimen, tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik. 
 
"Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu. Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat. Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula. Kalau dia tahu malu, dia takkan buat  begitu," katanya.

SUMBER : SH 

UG : Tak faham dengan puak pembangkang ni....sendiri punya salah, nak salahkan orang lain...

Friday 9 November 2012

"MB BODOH.." - ANWAR KECAM KHALID GAGAP ARAH JAIS SIASAT NURUL IZZAH.



Pakatan Pembangkang Selangor 'tergamam' seketika apabila MB Khalid Gagap menyatakan sokongan terhadap siasatan JAIS ke atas Puteri kesayangan Anwar, Nurul Izzah berhubung kenyataan kontroversinya sebagai Ahli Panel di Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility baru2 ini.



Pimpinan Pakatan Selangor terutamanya puak Parasit PAS mengangaap tindakan Khalid semalam satu sokongan paling 'tidak berakal' kerana JAIS telah diherdik mereka sebagai 'Alat Kerajaan UMNO/BN'.


Lebih parah lagi, sokongan Khalid ini jelas bercanggah dengan dakwaan Anwar Ibrahim Selasa lepas yang menjelaskan pihak JAIS telah diarahkan Pemimpin UMNO untuk melakukan siasatan terhadap anaknya yang mahu Malaysia bebas dalam memilih Agama tanpa sebarang sekatan.

Sumber dalaman PKR mendakwa Anwar kini sedang berang dan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Khalid yang dikeluarkan semalam.

Tindakan Khalid sememangnya 'bijak' kerana telah berjaya membersihkan persepsi dan tuduhan Puak2 Parasit PAS yang menghina setiap tindakan JAIS terutamanya ketika bekerjasama dengan Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Dr. Hasan Ali dalam membanteras isu Murtad dan gejala sosial di Selangor.

Kelihatan sokongan bagi menyingkirkan Khalid Gagap selaku MB Selangor semakin utuh. Nurul Izzah yang sebelum ini menyokong Khalid bagi menentang Azmin mungkin sedang kecewa dan sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.

SUMBER : OCEAN13

Thursday 8 November 2012

Wanita India Mengalirkan Airmata Kerana Rosmah ?




Ketika dunia politik sedang sibuk dengan isu 'kelancangan' mulut anak Anwar Ibrahim, si Nurul Izzah tu...masih ada lagi insan yang tidak lupa musibah yang menimpa mangsa banjir di Selangor....walaupun dihina, difitnah, dicerca....kebajikan yang dilakukan untuk masa depan masyarakat tetap diteruskan tanpa mengira fahaman politik.....

Datin Seri Rosmah masih sempat meluangkan masa untuk melawat mangsa banjir di Dengkil....apa yang lebih mengharukan....apabila seorang wanita india terus mengalirkan airmata bila cakap dengan Rosmah.....terkenang nasib yang menimpa mereka tatkala perayaan Deepavali akan tiba tidak lama lagi....

terharu UG bila dapat tahu yang ibu kepada tiga anak itu menangis di bahu Rosmah...mengadu nasib kepada Rosmah....sebagai seorang isteri pemimpin yang sememangnya terkenal dengan sikap prihatinnya, keperluan perayaan keluarga tersebut akan disediakan oleh pihak jabatan kebajikan masyarakat....



nampak tak? kalau nak tolong orang....tak payah nak 'pilih bulu'...tak kisah lah kaum apa...agama apa sekali pun...asal kan niat kita nak membantu.....

tatkala Rosmah 'sibuk' melawat mangsa banjir di Dengkil, di mana Menteri Besar Selangor?? dah jalankan tanggungjawab sebagai MB ker? owwhhh..lupa...isu air percuma pon tak settle lagi...macam mana nak melawat mangsa banjir...kan?? 

UG : kak jijah boleh buat ke macam Rosmah buat??

Wednesday 7 November 2012

Saya Aset.....Bukan Liabiliti



"Saya aset bukan liabiliti,".


Itulah yang diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian.

Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah ‘aset’ kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.

“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi  itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.

Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.

"Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.

“Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar ... jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” kata Nazri.

Tuesday 6 November 2012

Cabar Bidas Nurul Izzah...Berani Ke Pas??




Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di sebuah laman portal berbahasa Inggeris mengenai hak kebebasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam baru-baru ini.

Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu masa dahulu.

"Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.

"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya.

SUMBER : KLPOS

UG : terbaru UG dengar yang anak Anwar Ibrahim ni nak heret Utusan Malaysia sekali jika dipanggil JAIS..



Monday 5 November 2012

Rakyat Kedah Wajar 'Hukum' Pakatan Pada PRU13.


Rakyat semua kaum di Kedah perlu menghukum kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka pada pilihan raya umum lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kegagalan pakatan pembangkang menunaikan janji yang mereka buat itu membuktikan mereka bukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah termakan dengan hasutan PAS dan anggota pakatan pembangkang lain yang kini dilihat semakin terdesak meraih simpati rakyat menjelang PRU-13.

"PAS...menabur fitnah kononnya wang BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) haram dan sebagainya yang berunsur negatif untuk memesongkan fikiran rakyat," katanya semasa merasmikan program Gelombang Merah Peringkat Parlimen Baling di Perkampungan Keda Ulu Bakai di sini semalam.

Pada majlis itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menyampaikan sumbangan wang dan barang makanan kepada 70 warga emas dan veteran Umno.

SUMBER : KL POS

Sunday 4 November 2012

Isu Selangor : 40 keluarga tagih 'sokongan' Anwar, Azmin dan Nurul untuk selamatkan kediaman mereka?




Hampir 40 buah keluarga di Kampung Sepakat Jaya, Batu Caves dekat sini menarik nafas lega apabila Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) menangguhkan kerja-kerja merobohkan rumah 'setinggan' mereka yang dijadualkan semalam.

Biarpun operasi meroboh itu ditangguh, penduduk pada mulanya gusar dengan kehadiran jentolak yang akan digunakan untuk merobohkan rumah mereka serta anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Namun, setelah rundingan hampir dua jam dilakukan antara wakil penduduk dan wakil PTDG, operasi tersebut ditangguhkan pada pukul 12 tengahari sebelum kesemuanya bersurai. Wakil penduduk, Ibrahim Ahmad, 60 berkata, mereka pernah melakukan permohonan secara berkelompok pada 2007 kepada PTDG untuk meneroka kawasan itu bagi membina penempatan.

Namun, ujarnya, permohonan tersebut ditolak sebelum mereka bertindak meneruskan pembinaan rumah pada 2009 setelah mendapat 'sokongan' daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar.

"Ketika ini sudah 27 daripada 40 keluarga membina rumah di kawasan seluas 1.2 hektar ini, tetapi baru-baru ini penduduk menerima notis daripada PTDG agar mengosongkan kawasan ini dalam tempoh lima hari.

"Alasan mereka adalah kami menceroboh tanah kerajaan, tetapi penduduk juga telah membayar cukai tanah kepada PTDG berjumlah RM46,000 sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber : Ocean's13

Friday 2 November 2012

Ada Saja Yang Pembangkang Tak Puas Hati Dengan Rosmah



Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang  berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
 
Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.
 
"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
 
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.
 
"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.

KLIK DI SINI untuk berita lanjut.

UG : pelik lah orang sekarang ni...