Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.
"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.
Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.
"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.
Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.
Kamilia ini adalah orang yang tidak bermaruah dan pengkhianat pada tahap tinggi kerana beliau berkhianat di saat partinya memerlukan kekuatan persatuan dalam menghadapi PRU13.
ReplyDeleteBeliau ini tidak ubah seperti pelacur kerana menggadai kehormatan diri demi memenuhi hawa nafsu nafsinya.
Musang berbulu ayam bukan ayam tulin. Takut lah pada musang yang pasti akan boleh membunuh ayam sereban.
Kamilia adalah musang. Jauhi dia!