Wednesday 20 March 2013

Saya TAKUT Dengan Papa Gomo...Biar Peguam Sayalah Uruskan - Anwar



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau menyerahkan cabaran Papa Gomo kepada peguamnya berhubung banyak lagi pendedahan yang akan dikeluarkan berhubung ketua pembangkang itu.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Papa Gomo menerusi entrinya memberi Anwar tempoh selama 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Dalam entri tersebut, blogger pro-Umno itu membuat kenyataan enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Anwar.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," ujar blogger itu. [ARTIKEL DI SINI]

Anwar memfailkan saman RM 100 juta kepada Papa Gomo berikutan menyiarkan gambar skandal seks mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar melalui peguamnya yang juga merupakan Naib Presiden PKR N Surendran, memberi tempoh 48 jam kepada Papa Gomo untuk mengemukakan permohonan maaf bermula semalam dan membayar RM 100 juta sebagai kos ganti rugi.

Sabtu lepas, Papa Gomo melalui blognya www.papagomo.com menyiarkan sebuah gambar seorang lelaki tanpa pakaian di dalam sebuah bilik serta meletakkan pautan kepada sebuah blog lain bertajuk 'Aksi si Raja Goyang' yang menyiarkan 13 gambar yang dipercayai mirip gambar yang sebelumnya. SUMBER.

No comments:

Post a Comment