Sunday, 10 March 2013

Khalid Aniaya Surirumah...


Kerajaan Selangor masih terus didesak dan didesak untuk tunaikan manifesto lalu..manifesto lama tak tertunai lagi,ada hati keluarkan manifesto baru...owwhhh lupa..MANIFESTO BUKAN JANJI....


Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) hari ini didesak oleh para surirumah dari beberapa daerah di negeri itu agar menunaikan manifesto mereka berhubung pemberian elaun kepada sur rumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, surirumah di Selangor sudah tidak mempercayai kepimpinan PR kerana hampir kesemua manifesto yang ditaburkan kepada rakyat semasa pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

"Rakyat Selangor sudah tidak mempercayai mereka (PR). Manifesto yang lamabelum ditunaikan, tetapi mereka sudah buat manifesto yang baru. Macam mana rakyat nak percaya lagi?

"Rakyat tidak akan percaya lagi kerana hampir 90 peratus manifesto yang dilemparkan oleh PR pada pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang disertai oleh para surirumah bagi menuntut hak mereka di Taman Medan di sini hari ini.



No comments:

Post a Comment