Nafi sertai pembangkang tapi Farah Asyikin aktif ceramah temasuk isu UMNO kafir
Pelakon dan bekas penyanyi serta peserta One In A Million, Farah Asyikin sebelum ini berdalih-dalih dan menafikan sekeras-kerasnya penyertaan aktifnya dalam parti pembangkang.
Tetapi malam tadi, di Seremban, dia muncul berceramah di atas pentas pakatan pembangkang dan turut terikut-ikut dengan rentak maki-hamun dan menghamburkan pelbagai tuduhan serta tohmahan kepada UMNO dan kerajaan.
Seolah-olah sudah terpengaruh sepenuhnya dengan budaya fitnah dan tohmahan di pentas-pentas ceramah pakatan pembangkang, Farah Asyikin tanpa segan silu mempersoalkan keislaman kerajaan sekarang dan parti yang memerintah iaitu UMNO.
Sambil merayu penyokong pembangkang menolak Barisan Nasional (BN) yang menurutnya tidak berlandaskan Islam, Farah Asyikin dalam ceramahnya berkata:
"Saya kini baru faham mengapa Pas mengatakan depa (UMNO) itu kafir... apabila ada dalam kalangan kita beragama Islam menolak al-Quran, apa jadinya? Tepuk dada tanya selera, saya tidak mahu sebut."
Ucapan Farah Asyikin ketika berceramah di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi itu jelas bercanggah penafian dan kenyataan beliau sebelum ini iaitu penglibatannya dalam ceramah pembangkang hanya sebagai penyokong dan berucap perkara-perkara berkaitan Islam serta isu perpaduan sesama Islam.
Selain itu, seolah-olah seseorang yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang politik, selebriti tersebut juga tanpa segan silu membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya teragak-agak dalam membuat keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13.
Farah Asyikin juga membuat kesimpulan mudah bahawa kerajaan BN pimpinan Najib tidak bersedia berhadapan pilihan raya umum hanya semata-mata dengan satu alasan tidak berasas iaitu kerana menurutnya sehingga kini BN belum mengumumkan sebarang manifesto berbanding pakatan pembangkang.
"Manifesto, kerajaan (BN) sudah lancar atau belum? Kenapa? Sebabnya mereka tidak yakin. Kenapa pula tidak yakin? Sebab tidak ada tarikh pilihan raya umum," katanya.
UG : cuba perbaiki diri...
sorg lg betina hipokrit...
ReplyDelete