Wednesday 6 March 2013

Gambar Mayat Pengganas Sulu Didedahkan

Foto : JAWABERNAM


Kerajaan hari ini mengesahkan 13 kematian anggota pengganas Sulu dan mendedahkan beberapa keping gambar mayat dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira 4 petang ini.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Walaubagaimanapun, Hishammuddin enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.

Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun operasi pembersihan itu mendedahkan terdapat tiga mayat di dalam kubur tersebut.

Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.SUMBER

No comments:

Post a Comment