Thursday, 14 March 2013

Niat JAHAT Pembangkang Dikenalpasti....



Pakatan Pembangkang dikenalpasti bakal mencetuskan huru-hara menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya sengaja dicetuskan ekoran rasa bimbang pimpinan Pembangkang dengan kebangkitan rakyat yang semakin menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak peranda," katanya. 

Beliau menjelaskan, pihak Kerajaan juga telah menerima laporan perancangan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu yang bakal mengarahkan para penyokongnya mencetuskan suasana porak peranda di beberapa kawasan pengundian yang disasarkan.

Katanya, alasan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadikan sebagai faktor utama tercetusnya insiden berkenaan.

“Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

“Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi Perdana Menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” ujarnya. SUMBER



No comments:

Post a Comment