Sunday 10 March 2013

Nama Anwar Dah Bersih...Nyanyuk Da Nik Aziz Ni...



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini percaya nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bersih setelah pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Menurut Nik Aziz, beliau juga percaya Anwar akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan selepas pengakuan itu dibuat.

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," katanya.

Semalam, Azlan membuat pengakuan kes liwat kedua merupakan fitnah dan konspirasi politik ke atas Anwar.

Nik Aziz turut menafikan bahawa Azlan 'dibeli' oleh Anwar untuk membuat pengakuan tersebut.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar  upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar)," katanya.

Hari yang sama pengakuan Azlan dibuat, Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan berkata, beliau memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

"Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya," katanya. [ARTIKEL DI SINI].


1 comment:

  1. Pok Nik suka sangat bersubahat dengan orang2 yang mungkar. Amalkan lah wahai Pok Nik.

    ReplyDelete