Tuesday 15 January 2013

Mat Sabu Tetap Pendirian...Ambil Keputusan Untuk Jadi Lalang...




hahaha...aku ingat Nik Aziz Jer Sakit Kepala bila Pas tak 'sebulu' pasal penggunaan kalimah Allah ni...rupa nya Mat Sabu pon pening kepala jugak??

sebelum ni, Mat Sabu beriya sokong, biarkan bukan Islam gunakan kalimah Allah, tup tup...hari ni kuwa kenyataan setuju dengan Majlis Syura Pas plak...

errmmm...dasar lalang la Mat Sabu ni...tu lah..sebelum nak buat keputusan, pikir perabih dulu...

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
   
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
   
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
   
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
    
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
   
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu - SUMBER 

UG : Mat Sabu pon dah jadi lalang...tak tau mana satu nak ikut...Pas kene pikirkan cara untuk atasi masalah tidak 'sebulu' ini....

2 comments:

  1. Orang biasa yang tak perlu jadi ulama pun boleh berkata Kalimah ALLAH tak boleh di gunapakai di dalam Bible. Ni pemimpin tertinggi PAS pun menampakkan kebiolan yang tak terhingga bila perkara asas ini pun tak boleh buat keputusan on the spot. Hal macam ni pun nak bawa mesyuarat. Perrrggh.... tu la dia Haji Hadi. Kalau ngata orang cikgu baru ngajar ABC, tapi sekarang dia sendiri tak kenal ABC.

    ReplyDelete
  2. benda basic camni pun nak mesyuarat sampai peringkat ulamak. budak sekolah tadika pun kenal mana gereja mana masjid. Mana tempat Allah dan dimana tuhan bagi gereja.Sebenarnya bukan mereka tak tahu tapi untuk mencari laba politik. Akhirnya kantoi bila rating tak menyebelahi. Kalau macam ini aku tak setuju kalau UMNO nak bersatu dengan PAS walaupun satu bangsa. Pendirian bab agama yg dibawa PAS in akan membuat akidah umat Islam lebih terpesong.Wahai golongan ulamak dalam PAS selagi kamu dalam PAS bersekongkol denga puak2 syiah dan khuwarij tu anda sendiri pun bersubahat. Fikir2kan lah

    ReplyDelete