Monday, 28 January 2013

Ikut Najib Ke Gaza, Nasharuddin Dilucutkan Jawatan???




Keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media.

Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi.

"Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Namun tegas Nasharuddin, beliau akan tetap meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam sama ada memegang sesuatu jawatan atau tidak.

"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu,itu adalah hak parti.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujarnya. SUMBER 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment