Wednesday 16 January 2013

Anwar Elak Jumpa KJ Kat Mahkamah...Takut Kantoi...

fuuhh....nasib baik aku pikir nak selesaikan luar mahkamah..
kalau tak, makin banyak lah benda terbongkar...


Anwar yang diagung-agungkan oleh pengikutnya tak lah sehebat mana pon...mana tak nyer, Anwar meminta kes diselesaikan diluar mahkamah tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

UG rasa kita boleh pikir secara logik kenapa Anwar buat keputusan tu...sebab??sebab takut banyak benda lagi yang akan 'kantoi' bila hal dia di bawa ke mahkamah...UG rasa KJ pon banyak lagi kerja lain yang lebih penting daripada nak layan kes Anwar ni...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Sementara itu, Anwar dalam mesej Twitter berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Khairy menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya, yang dikeluarkan lima tahun lalu.

"Mahkamah: saman saya terhadap Khairy kerana menuduh saya boneka Amerika; Israel dan pengkhianat Melayu (ucapan beliau 07 sebagai bukti).

"Pagi tadi di mahkamah beliau menafikan beliau pernah membuat tuduhan tersebut. Saya berpuas hati dengan penarikan balik fitnah jahat beliau," katanya kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. SUMBER



No comments:

Post a Comment