Saturday 19 January 2013

Pembangkang Semakin Terdesak,Sampai Terpaksa Babitkan Pelajar



Pembangkang cuba untuk buat taktik kotor bila mengedarkan bible bahasa Inggeris yang ada tulisan jawi di hadapan sekolah...apa motif mereka nak buat macam tu? nak tagih simpati dari golongan pelajar? pembangakang dah kehabisan idea..sebab tu buat perkara terkutuk ni...

Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam. 

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin. 

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. 

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. 

Beliau berkata, pihaknya percaya ia sengaja dilakukan untuk mencabar kesabaran umat Islam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dalam perutusan sempena Hari Krismas, baru-baru ini. SUMBER

Jika benar mereka nak cabar kesabaran umat Islam..UG ini bukan caranya...Umat Islam akan sentiasa bersatu untuk pertahankan agamanya...kalau nak tagih simpati sekali pon, tak perlu libatkan pelajar sekolah...

No comments:

Post a Comment