Thursday 10 January 2013

Sini Cakap Lain...Sana Cakap Lain...Orang Pas Pening Tak Tahu Mana Satu Yang Betul...



UG tahu isu penggunaan kalimah Allah sedang hangat diperkatakan...lebih menyedihkan bila Parti Pas sendiri tidak sebulu lagi pasal hal ni..mana tak nya, Presiden PAS menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.

Sedangkan pendirian tu, terang terang bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas...kenapa?? kenapa perlu ada dua pendirian yang berlainan dalam isu yang sama? 

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.


KLIK DI SINI untuk artikel keputusan PAS benarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

UG : sebagai Islam, kita perlu pertahankan hak kita...agama kita...kita kena pertahankan...

No comments:

Post a Comment