Wednesday, 30 January 2013

Wahhh...Hebatnya Khalid Ibrahim...Rela Disaman Oleh Rakyat Selangor??


Wahhh...UG kagum dengan keberanian Khalid Gagap ni...dia mengalu-alukan dirinya di bawa ke muka pengadilan oleh 50, 000 warga emas di Selangor...hebatkan?? hahahaha...betul ke hebat?? jangan bila tindakan dah diambil, terus tergagap-gagap nak pertahankan diri...nanti mula la buat cerita bukan-bukan....


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal dibuat kira-kira 50, 000 warga emas di Selangor.

Tindakan undang-undang itu dibuat setelah kerajaan negeri Selangor dilihat gagal untuk melaksanakan caruman takaful seperti yang dijanjikan oleh kerajaan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Menurut Abdul Khalid, pihaknya bersetuju untuk berdepan dengan tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran.

"Kerajaan negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.

“Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu. Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful)," katanya pada sidang media di Shah Alam semalam.

Beliau berkata demikian bagi memberi reaksi terhadap tindakan 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam yang mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008. SUMBER.

UG : manifesto PRU12 pon tak mampu nak lunas kan...ade hati nak menang PRU13 nanti?? jangan mimpi la...hahaha....

No comments:

Post a Comment