Wednesday, 5 December 2012

Kalau Dah Namanya Anwar...Tak Tahu Hujung Pangkal, Tau Nak Menuduh Jer....



Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno  sebagai platform untuk mempertahankan kuasa dan menyerang pembangkang adalah disebabkan Ketua Pembangkang itu tidak membaca usul dikemukakan.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, tidak munasabah bagi sebuah parti pemerintah menjadikan perhimpunan berkenaan platform untuk menyerang pembangkang.
Menurutnya, hujah yang diusulkan adalah untuk memajukan negara dan memperbaiki kekurangan.
“Kalau adapun perkara yang berkaitan pembangkang, ia hanya (disebut dalam) dua perenggan, tanpa melibatkan unsur fitnah. (Masalahnya) Anwar tidak membaca usul.
“Kita ada ucapan dasar dan usul bertulis. Usul yang kita bawa bermanfaat untuk rakyat dan negara. Ia tidak di penuhi dengan serangan dan fitnah seperti yang dilakukan pembangkang di setiap platform mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sambil menegaskan perhimpunan itu sangat bererti memandangkan ia merupakan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahmad berkata, sebenarnya pembangkang tersentak dengan keberanian Umno mengemukakan fakta dengan tepat.
Katanya, selama ini pembangkang tidak terfikir Umno berani melawan serangan dan fitnah mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron menasihatkan Anwar menilai diri sendiri sebelum mengecam pihak lain.
Katanya, pembangkanglah yang sebenarnya membuat fitnah melalui ceramah dan platform hingga di peringkat antarabangsa untuk memecah-belah kaum di Malaysia.

SUMBER : SH 
UG : dah memang sinonim dengan sikap pembangkang...tak de usul periksa, tau nak hentam orang jer....

2 comments:

  1. "Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno sebagai platform untuk mempertahankan kuasa dan menyerang pembangkang"

    Bukan ni ke tujuan parti politik di tubuhkan? Gila ke apa Anuwar bengkok ni?

    Ada ke parti politik yang tak suka mempertahankan kuasa? PKR di Selangor macam mana? Parti politik ni adakah pada Anuwar adalah Parti bersuka ria?

    Parti politik kerajaan bukan ke antaranya menyerang pembangkang? Selain dari tugas tugas menunaikan janji dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

    Kalau begitu dalam demokrasi bagaimana sesuatu parti itu nak menang kalau tidak menunjukkan kelemahan parti lawan. Menyerang bertahan itu biasa.

    Anwar mahu satu gelanggang yang menyebelahinya untuk menang. Gelanggang yang saksama padanya adalah memihak pada kerajaan.

    Faham lah kalau angin yang di tiup oleh Najib menjadikan rakyat memihak kepada kerajaan yang ada. Salah parti kerajaan ke kalau buat kebaikan pada rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Parti Kerajaan akan bercakap untuk mengekalkan kuasa. Parti Pembangkang pula akan bercakap macam mana nak RAMPAS KUASA. Bila mereka jadi Parti Kerajaan, benda yang sama akan berlaku juga.

      GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang

      Delete