Friday, 21 December 2012

Nik Aziz....Ada Title Tok Guru, Bermakna Ada Lesen Besar Untuk Tuduh UMNO Mungkar???



Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah mungkar.
 
Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO.
 
"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.
 
"Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang", katanya kepada wartawan KLPos ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.
 
Beliau turut menasihati Nik Aziz supaya jangan menuduh dengan melulu terhadap parti tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

1 comment:

  1. Nabi sendiri yang dah ada cop mohor dari Allah pun masih tak sanggup nak labelkan kafir atau kufur kepada sesaorang tanpa usulperiksa. Pok Nik ape ada?

    ReplyDelete