Thursday, 22 November 2012

Dakwa UMNO Murtad : Rakyat Kelantan Tolak Nik Aziz??? Kesiannnn......




Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengumpulkan seramai 10, 000 rakyat Kelantan jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Umno parti murtad.
Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu membuat demikian (menarik balik ungkapan) kerana kenyataannya itu (Umno Murtad) boleh mengelirukan serta memberi impak negatif kepada perpaduan umat Islam di negara ini.
Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media.
Nik Aziz telah menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad" dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan media tersebut.
Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Yasman Hashim.


Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon MAIK agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.
Tambahnya lagi, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.
"Perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik," ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu selepas menyerahkan memorandum di MAIK.

SUMBER : KLPOS 

No comments:

Post a Comment