Thursday 2 May 2013

Video Saiful Bukhari Bersumpah Depan Kaabah....


Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menayangkan satu rakaman video sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang dirakamkan melalui telefon bimbit sewaktu menunaikan umrah di Mekah.

Melalui laman blog http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/, beliau menegaskan idea dan keputusan Sumpah Laknat/Mubahalah pertama pada 2008 atas saranan bekas Mufti Perlis Dr Asri beberapa hari selepas saya membuat laporan polis dan ia disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saiful turut memberitahu apa yang dilakukan beliau adalah berkenaan maruah dan nama baik dan seluruh ahli keluarga.

Beliau bagaimanapun tidak menyimpan perasaan amat tertekan setelah bapanya, Azlan Mohd Lazim membuat tuduhan yang tidak benar, serta memohon maaf pada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8hb Mac yang lalu.

Saiful juga menegaskan lafaz sumpah dihadapan Kaabah bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan dalam sejarah Islam pun perkara-perkara begini adalah sangat serius setelah menerima nasihat dari beberapa ulama tentang kesan dan akibatnya jika beliau berdusta.

Semalam, 1 Mei 2013, Azlan Mohd Lazim menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.

"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakanhasutan beberapa pihak untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong.,

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.

"Perlu diingat saya dan anak saya pernah sumpah laknat di Masjid dan saya takut disumpah. Saya berjanji akan membela anak saya sampai bila-bila pun," katanya.

1 comment:

  1. Dulu, sewaktu Saiful bersumpah laknat 'Siri Pertama', beliau lakukan di Permatang Pauh tidak sampai 24 jam menjelang hari Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di mana DS Anwar mahu bertanding. Kebetulan, katanya. Hahahahaaaa.....
    Mungkin tidak percaya dengan 'Sumpah Laknat' di Permatang Pauh atau pun merasakan seperti 'tidak sah' sumpahnya di Permatang Pauh, kali ini beliau kononnya bersumpah laknat 'Siri Kedua' di depan Kaabah pula, kononnya. Hahahaha......

    Kali ini Siri Kedua 'The Sumpah Laknat ReTurn" juga menjelang beberapa hari saja untuk kita semua mengundi di dalam PRU 13. Kebetulan, katanya!! Hahahahaaaaa....
    Korang lihatlah video itu dan buat kajian sikit untuk melihat betapa lemahnya pembuatan filem terbaru "Sumpah Laknat Siri Dua" yang aku rasa sudah cukup untuk kita beritahu sememangnya Umporno bermula dari "lubang dubur' dan akan berakhir di "lubang dubur" jua.......Hahahaaaaa..

    ReplyDelete