Monday 6 May 2013

BN Menang 133 Daripada 222 Kerusi Parlimen



Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional menang mudah dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan berbanding 140 kerusi pada PRU12.

Sungguhpun masih kekal mandat sebagai pemerintah negara, penurunan tujuh kerusi dari pilihan raya lepas berkemungkinan disebabkan 'tsunami' sokongan kaum Cina terhadap BN lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

Di sebalik penurunan jumlah perolehan kerusi Parlimen, BN menempa kejayaan apabila berjaya merampas kembali tampok kepimpinan Kedah dengan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpihak kepada BN iaitu sebanyak 21 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

15 kerusi lagi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP masing-masing memperoleh empat, sembilan dan dua kerusi DUN.

Sementara itu di Kelantan turut memperlihatkan tambahan jumlah kerusi kepada BN dengan peningkatan kepada 12 kerusi DUN daripada lima kerusi pada PRU13.

Walaubagaimanapun, Kelantan masih menjadi kubu kuat PAS dengan perolehan 32 kerusi DUN dan satu dimenangi PKR.

Sungguhpun tidak berjaya menempuh kubu kuat pembangkang, BN masih berjaya mengekalkan 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (Labuan dan Putrajaya) dengan kemenangan selesa.

Catatan terbesar dilihat di Sabah dan Sarawak dengan keputusan majoriti 2/3 berpihak kepada BN.

Sarawak merekodkan kemenagan BN sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 5 lagi dimenangi pembangkang manakala di Sabah BN memperoleh 42 kerusi daripada 58 kersi DUN yang dipertandingkan.

Perlis turut berpihak kepada BN dengan ketiga-tiga kerusi Parlimen dibolot oleh calon BN.

Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Melaka, Johor Bharu, Perak, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan WP Putrajaya masih menjadi kubu kuat BN.

Dalam pada itu, pembangkang masih mengekalkan kuasa di Pulau Pinang yang masih mempunyai majoriti pemilih mengundi DAP, Selangor yang masih dipelopor oleh PKR dan PAS masih mengekalkan kerusi 'tradisinya' di Kelantan.

No comments:

Post a Comment