Monday 6 May 2013

'Pengkhianat Parti' Tewas Di Kuala Kangsar



Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim hilang wang deposit ekoran gagal mendapat sokongan 1/8 undi di Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan tersebut disebabkan beliau dipinggirkan penyokong ekoran bertindak membelakangi parti dengan bertanding sebagai calon Bebas menentang partinya sendiri.

"Sejarah membuktikan pengasas Umno Allahyarham Datuk Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara tapi akhirnya apa? Akhirnya rakyat menolak pemimpin yang mengasaskan Umno (itu) kerana mereka tahu kalau individu tiada, tapi parti ada dan berkuasa, perjuangan masih boleh diteruskan," katanya.

Keputusan di Kuala Kangsar calon BN Datuk Wan Mohamad Khair menang dengan perolehan undi sebanyak 14,218 manakala calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah meraih 13,136 undi.

Kamilia dipecat dari BN dengan bertindak menamakan dirinya sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar sungguhpun telah ditawarkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Perak.

No comments:

Post a Comment