Thursday 7 February 2013

Rosmah Kena Serang Lagi?? Dengan Pelajar Pulak Tu....




woo wooo wooo...asal ni? Rosmah kene 'serang' dengan pelajar Lim Kok Wing?? kenapa??UG rasa, bagus pon Rosmah kene 'serang' dengan pelajar-pelajar ni sebab dari situ mereka tahu yang Isteri Perdana Menteri ni dekat dengan mereka...sekaligus dapat tangkis fitnah pembangkang yang kononnya Rosmah ni sombong....

bila UG tengok gambar Rosmah dengan pelajar-pelajar ni...sejuk je mata memandang...terserlah sifat keibuannya...siapa cakap Rosmah sombong?? siapa lagi kalau bukan pembangkang yang tak abih-abih lemparkan fitnah...



pada UG,Rosmah ambil tindakan bijak untuk dekati para pelajar ni...yelah,golongan belia ni kan tonggak kepada masa depan negera...so apa lah salahnya Rosmah sebagai isteri pemimpin luangkan masa dengan mereka untuk tunjukkan tanda penghargaan kepada golongan ni...

so, nasihat yang diberikan oleh Rosmah ni, haruslah diingati yer wahai para pelajar...kenanglah jasa pemimpin negara yang dah majukan negara ini....

belia sekarang makin bijak...pandai-pandailah pikir...




Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian di bawah Program Generasi Baru Felda di Lim Kok Wing London baru-baru ini.

"Kita seharusnya berasa bertuah kerana kerajaan begitu prihatin dan tidak jemu memberikan perhatian kepada keperluan pendidikan Rakyat.

"Kita juga berasa bangga kerana kerajaan amat komited untuk memastikan rakyatnya mendapat peluang pendidikan yang terbaik," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Generasi Global Felda di Hall Of Fame, Universiti Lim Kok Wing disini, malam tadi.

Beliau yang juga Penaung Program Permata Negara (PERMATA) menjelaskan, Pengarah Program itu iaitu Dr. Jake Morton turut berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan oleh semua pelajar yang mengikuti program tersebut.

Katanya, seramai 100 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian selama satu semester itu mampunyai peluang menimba ilmu dan mengecapi pengalaman di luar negara bagi berkongsi pengalaman bersama-sama rakyat di Malaysia.

"Saya pasti para pelajar sekalian telah memanfaatkan sepenuhnya peluang yang julung kalinya dinikmati.

"Di samping menimba ilmu dan mengecapi pengalam diluar negara, para pelajar juga berpeluang membuat lawatan ke beberapa tempat menarik seperti Parliament House, BBC Networks, Apple Inc dan sebagainya" ujarnya.

Justeru itu, beliau menyarankan pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian di kota London itu terus berbakti kepada negara dalam membangunkan negara yang terus dipandang tinggi dimata dunia.

"Saya ingin menyeru kepada para pelajar sekalian agar rajin menuntut ilmu dan jadilah insan yang berguna kepada masyarakat.

"Taburlah bakti dan jasa dengan sebaik mungkin kepada bangsa, agama, dan negara setelah memiliki segulung ijazah kelak," katanya. SUMBER


UG : Teringin gak nak jumpa DS Rosmah Mansor :)

No comments:

Post a Comment