Monday, 18 February 2013

PAS-DAP Tak Sehaluan...Hanya WAYANG Raih Undi...


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan kerjasama antara DAP dan Pas dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang umpama cuba mempertahankan perkahwinan yang sudah retak menanti belah.

Katanya, kedua-dua pihak bukan sahaja tidak mempunyai hala tuju sama tetapi mempunyai masalah mencapai kata sepakat dalam isu asas.

Malah, katanya, DAP dan Pas sering bertelagah dalam isu agama seperti kalimah Allah dan hukum hudud.
"Hubungan mereka tidak utuh sepenuhnya hanya perkahwinan sementara untuk menghadapai Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi hakikatnya hari-hari ada masalah.

"Kalau mereka hendak duduk rumah itu (kerjasama pakatan pembangkang) juga, itu bukan idea yang bagus kerana perkahwinan itu sudah gagal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Kordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Pengerusi GASSM, Dahalan Marsono.

Menurut Tunku Abdul Aziz, lebih parah, kedua-dua parti itu juga tidak sepakat dalam memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments:

Post a Comment