Tuesday 19 February 2013

Kekejaman DAP....



Enam bekas ahli DAP hari ini dihalau keluar daripada menyertai ceramah 'UBAH : Bersihkan Malaysia’ anjuran DAP yang diadakan di DUN Teratai, Pandan Indah malam tadi.

Menurut bekas ahli DAP Tony Tan, mereka dihalang untuk menjelaskan tuntutan janji DAP berhubung penubuhan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan terbabit serta tidak dibenarkan untuk menaikkan kain rentang berkenaan janji tersebut.

"Jangan tunjuk cara samseng. Kita angkat (bawa) satu 'banner' (kain rentang) untuk memberitahu rakyat bahawa YB Jenice Lee telah berjanji untuk menubuhkan Sekolah Rendah Cina di sini.

“Sejak tahun 2007 hingga 2008, telah banyak aktiviti dilakukan seperti derma daripada orang ramai tetapi sampai sekarang masih tiada sekolah seperti yang dijanjikan," ujar beliau kepada wartawan  KLPOS sejurus keluar daripada lokasi ceramah.

Tan yang juga bekas pembantu ADUN Seputeh (Terresa Kok), menggesa orang ramai terutamanya penduduk DUN Teratai untuk tidak lagi terpedaya dengan janji ADUN tersebut yang hanya pandai menabur janji demi meraih undi.


"YB (Jenice) hanya janji saja, selepas dapat undi, janji diketepikan. Apabila kita keluar 'banner', mereka tuduh kita daripada MCA, sedangkan kita bekas Ahli DAP. Ini kerana mereka takut.

“Kita mahu tukar (wakil rakyat), sebelum tukar, kita mahu tunjuk bahawa YB (Jenice) ini jenis penipu,"  katanya lagi.SUMBER

No comments:

Post a Comment