Saturday, 16 February 2013

Mahasiswa Nak Bertanding Dengan Najib Di Pekan?? Silap Besar Laaa.....



Kadang-kadang UG berpendapat bila dah bergelar mahasiswa,seharusnya kita mempunyai fikiran yang matang, yang mampu untuk bezakan antara baik dan buruk...setiap tindakan yang kita buat,pasti ada kesan...maka sebagai mahasiswa, perlu pikir kesan yang akan mereka terima setiap tindakan yang mereka buat...

terbaru, sekumpulan mahasiswa yang dikenali senagai Gerakan Mahasiswa PRU13 melahirkan 'keinginan' untuk bertanding di Parlimen Pekan.

apa?? mahasiswa nak bertanding di Pekan?? tahu tak mereka kene bertanding dengan sape?? silap besar lah....

artikel berkaitan...SUMBER

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, seorang pelajar belum layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum walaupun  Malaysia mengamalkan konsep negara demokrasi berperlembagaan.

Menurut Khairy, sesiapa sahaja berhak bertanding di mana-mana kawasan sekalipun namun, rekod cemerlang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Ahli Parlimen Pekan tidak akan tergugat walaupun ada individu dan mahasiswa dikatakan mahu mencabar kerusi parlimen berkenaan.

“Apa yang hebat sangat mahasiswa? Go ahead (teruskan), kenapa benda ini jadi hebat sangat? Andaian (mahu gugat kredibiliti Najib) adalah salah. Tak gugat kredibiliti Najib. Mereka mungkin cari publisiti. Atau mungkin ada siapa-siapa mastermind belakang dia.

“Dalam demokrasi selagi dia bayar deposit bolehlah bertanding. Tapi dah fikir dua kali?. Jangan sampai hilang deposit sudah. Ini bukan pilihan raya kampus,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 yang melahirkan keinginan untuk bertanding di parlimen Pekan.

“Ini merupakan sikap keterbukaan PM (Perdana Menteri ) kita terhadap mahasiswa dan rakyat. Bila ada kebebasan kita tak boleh sekat. Kita tengok daripada segi positif, kalau ada cabaran kepada PM daripada siapa-siapa tiada masalah,” katanya.

UG tertarik dengan komen yang diberikan oleh salah seorang pembaca portal Klpos




UG : mana pergi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bila isu ni timbul?? buat kerja ke tak??

No comments:

Post a Comment