Tuesday, 30 April 2013

Pengundi Tak Perlu KESIAN Kepada PENGKHIANAT PARTI...




Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat.

"Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di Melaka.

Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya.

Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

Benar Kata Tun M...Nik Aziz Dah Patut Letak Jawatan...


nampaknya lepas satu satu tuduhan tak berasas yang Nik Aziz lemparkan pada UMNO...dan yang menjadi isu, dakwaan yang dia buat, tak tunjuk langsung yang dia tu seorang pemimpin Islam yang ingin memperjuangkan Islam...

Betul la kata Tun M...Nik Aziz ni memang dah layak sangat letak jawatan..bagi la peluang kat orang lain plak...bukan je selalu sakit, keluar masuk hospital...malah apa yang dia cakap pon dia dah tak tau..main sedap mulut jer....

ARTIKEL NIK AZIZ MELALUT DI SINI.



Nurul Izzah & Tian Chua Cuba Buat Huru Hara...Nak Tipu Rakyat Lagi....


Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat yg dicalit pd jari pengundi Askar yg bernama Azmi telah hilang. 

Tian Chua dan Nurul Izzah telah membawa Azmi ke Balai Polis skrg utk membuat laporan.. 

Mereka mula membuat provokasi stage 1 kearah Arab Spring..Tian Chua dilaporkan telah membuat provokasi di pusat mengundi kem askar di Parlimen Batu yg mengatakan dakwat yg dicalit pd jari pengundi Askar yg bernama Azmi telah hilang. 

Tian Chua dan Nurul Izzah telah membawa Azmi ke Balai Polis skrg utk membuat lapuran.. 

Mereka mula membuat provokasi stage 1 kearah Arab Spring.. 


IZZAH DAN PAKATAN SEDANG MENIPU RAKYAT

Pertama BAJU ASKAR yang IZZAH tolong cuci tu BUKAN BAJU ASKAR yang tentera pergi mengundi. Itu baju untuk operasi!

Kedua Cara calit dakwat kekal BUKAN seluruh jari macam dalam gambar tu... tapi gambar sebelah kanan iaitu dari ruas kuku atas sampai bawah kuku!

MENIPU LAGI!!!


***Namun ia bergantung kepada kawasan mengenai BAJU yang dipakai (MENGIKUT KEM).


Pesanan Najib Razak Di Minggu Akhir Kempen PRU13....




Salam 1Malaysia,

Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN).

Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti.

Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.

Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda.

Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin.

Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.

Najib Razak

Hadi Awang Makin SERABUT...Akui Pakatan TAK MAMPU Hapuskan Tol, Turunkan Harga Kereta & Minyak...




Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya. 

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam. 

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan. 

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok. 

Soal pokoknya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci. 

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan. 

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan. 

Pada ketika itu, akan terduduk dan terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. 

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya sifat bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. 

Monday, 29 April 2013

Remaja Cedera Dilanggar Peserta Konvoi Parti Pembangkang....


 

Seorang bapa kesal dengan penganjur konvoi bermotosikal sebuah parti pembangkang yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan sehingga mengakibatkan anak lelakinya cedera selepas dilanggar salah seorang peserta di persimpangan Pokok Sena menghala Tasek Gelugor pada Ahad lalu.

Azlan Din, 45, berkata, dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, anaknya Muhamad Amirul Wafi Azlan, 18, yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah stesen minyak sebelum dilanggar salah seorang peserta konvoi yang mengiringi lawatan pemimpin tertinggi Pas ke kawasan berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan selepas anak saya dilanggar, peserta konvoi itu hanya mengangkat anak saya dan kemudian melarikan diri.

"Saya tidak salahkan peserta konvoi sepenuhnya tetapi pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab kerana ia membabitkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menerima lawatan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di rumahnya di Kampung Air Melintas Besar di sini hari ini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, anaknya mengalami retak di bahu dan betis kanan selain luka di muka dan patah gigi.

Katanya lagi, sehingga kini tiada seorang pun wakil Pas menziarahi anaknya yang kini terlantar di rumah.

Dalam pada itu, Muhamad Amirul ketika ditemui berkata, salah seorang peserta konvoi yang melanggarnya menunggang laju.

"Saya tidak ingat apa-apa, bila sedar saya sudah berada di dalam longkang.

"Orang yang melanggar saya itu sudah melarikan diri tetapi ada beberapa peserta yang berhenti membantu saya sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas," ujarnya.

Sementara itu, Reezal Merican memberitahu, penganjur sepatutnya mengambil berat tentang aspek keselamatan peserta dan pengguna jalan raya lain ketika mengadakan konvoi bermotosikal.

"Memang kemalangan kita tidak boleh jangka bila akan berlaku tetapi ia boleh dielakkan sekiranya pihak penganjur mematuhi aspek keselamatan dengan meletakkan seorang marsyal bagi mengawal peserta konvoi.

"Malangnya penganjur tidak berbuat demikian dan apabila kemalangan ini berlaku mereka langsung tidak mahu bertanggungjawab dan tidak datang bertanya khabar kepada mangsa dan keluarga," katanya.

Kanak-kanak di pukul bila mengaku sokong BN DI SINI.


Nama Pemimpin PR Yang Terlibat Insiden Ceroboh Lahad Datu Didedah Lepas PRU....




"Mana boleh dedah sekarang. Kenapa mereka (pembangkang) nak terasa hati sangat? Kalau tak makan cili kenapa rasa pedas?

"Saya tak beritahu secara khusus siapa (terlibat dalam insiden Lahad Datu). Kenapa perlu melenting dan kenapa perlu beri amaran 24 jam?" katanya kepada media sewaktu melakukan tinjauan mesra di Perkampungan Nelayan Sungai Tiang, dekat sini, petang kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendesak nama tiga pemimpin pembangkang terbabit didedahkan.

Surendran dilaporkan mendakwa, jika Ahmad Zahid gagal mengemukakan nama-nama berkenaan dalam tepoh 24 jam bermakna ia adalah 'fitnah' yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh menegaskan, pendedahan dan pertuduhan rasmi oleh pendakwaraya akan dibuat dalam masa terdekat.

SELANJUTNYA DI SINI.