Monday, 26 November 2012

Rosmah Jawab Soalan Dari Pelajar...Jawab Jangan Tak Jawab...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...bagi DS Rosmah Mansor tiada apa yang perlu membuat dirinya takut jika dia tidak buat salah...tambah lagi bab nak memajukan kanak-kanak di negara ini...cuma pembangkang je yang suka lemparkan fitnah dan cacian terhadap beliau...

tapi yang UG bangga, makin banyak tohmahan pembangkang bagi kat Rosmah, dia makin berjaya  dengan program yang dia jalankan..betul la, jika benda yang kita buat tu benda benar, Allah akan bantu...insyaAllah...

terbaru, Rosmah ada sesi soal jawab bersama kira-kira 300 orang wakil pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Tempatan...pada majlis tu para pelajar bertuah sebab boleh tanya apa sahaja kepada Rosmah....



tenang je Rosmah jawab segala persoalan..walaupun soalan tu menyentuh perihal peribadi dia...

KLIK DI SINI untuk selanjutnya

UG : tak dapat nak 'hentam' PM, bini PM pon jadi...dasar pembangkang....

Saturday, 24 November 2012

SAH!!!! Khalid Ibrahim Aniaya Ibu Tunggal...



Lebih 300 ibu tunggal mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas untuk memberikan elaun RM100 sebulan kepada golongan itu.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman, berkata kumpulan itu turut disertai oleh balu bekas tentera dan polis yang berharap nasib mereka terbela.

"Kami mewakili 32,000 anggota persatuan mahu supaya janji ditepati. Kami tuntut apa yang telah dijanjikan bukan suka-suka datang berkumpul," katanya kepada pemberita di sini.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira sejam di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, namun hajat bertemu Abdul Khalid tidak kesampaian kerana hanya Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail tampil menerima memorandum berkenaan.

Rodziah berkata kerajaan Selangor akan meneliti memorandum yang dihantar itu.

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Selangor yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri di bangunan itu turut keluar menemui kumpulan ibu tunggal berkenaan.

SUMBER : SH 

Thursday, 22 November 2012

Dakwa UMNO Murtad : Rakyat Kelantan Tolak Nik Aziz??? Kesiannnn......




Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan mengumpulkan seramai 10, 000 rakyat Kelantan jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Umno parti murtad.
Presidennya, Che Azmi Mohd Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu membuat demikian (menarik balik ungkapan) kerana kenyataannya itu (Umno Murtad) boleh mengelirukan serta memberi impak negatif kepada perpaduan umat Islam di negara ini.
“Jika dalam beberapa hari ini Nik Abdul Aziz tidak menarik balik kenyataannya itu, kami akan berkumpul sebagai tanda kecewa dengan sikap pemimpin tersebut,” katanya kepada media.
Nik Aziz telah menafikan laporan media memetik beliau mengatakan 'Umno murtad" dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan media tersebut.
Sebelum itu, Che Azmi bersama dengan Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Yasman Hashim.


Menurutnya, tindakan Pas berbuat demikian amat bertentangan dengan kehendak atau tuntutan agama Islam pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon MAIK agar menyiasat kes tersebut kerana ia bersabit dengan kesalahan Seksyen 6 dan Seksyen 24 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.
Tambahnya lagi, Seksyen 6 merujuk kepada perkataan tidak sopan, di mana sesiapa yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebar kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah bersalah atas suatu kesalahan.
"Perkara tersebut harus diambil tindakan segera kerana tidak sewajarnya menjadikan agama sebagai salah satu modal untuk berpolitik," ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu selepas menyerahkan memorandum di MAIK.

SUMBER : KLPOS 

2,020 Ibu Tunggal SERANG Khalid Ibrahim



Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.

Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.

Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

SUMBER : SH 

Wednesday, 21 November 2012

Betapa Malangnya Khalid Ibrahim Ada Azmin Ali Dalam Pakatan Rakyat Selangor



Azmin belasah menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai Unisel yang rugi teruk setelah Pakatan Rakyat mengambilalih negeri Selangor.

Azmin mahu Khalid Ibrahim menyelesaikan dengan segera isu pembinaan Condo di Batu Caves yang mendapat bantahan secara meluas.

Azmin juga mahu penjualan harta PKNS dibuat secara lebih profesional bukannya secara rundingan terus.

“Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta),” secara rundingan terus.

Azmin bersetuju banyak pembangunan yang dilaksanakan di negeri Selangor.

Jambatan ketiga di Klang yang akan dibina oleh kerajaan Pakatan luar Tabie ini juga disentuh oleh Azmin kononnya untuk melunaskan janji oleh kerajaan BN yang kala pada PRU12.

Pembinaan Jambatan ini bagi mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada pakatan luar tabie apabila berbagai isu timbul seperti:

Pembelian bas mewah Anwar menggunakan wang rakyat iaitu membuat kontra apabila membeli 50 buah kenderaan lori sampah yang telah out-dated dengan harga yang tinggi.

Penjualan harta hak-milik PKNS dimana bumiputera bernaung dibawahnya sebagai peniaga.

Janji pilihanraya yang belum ditunaikan sehingga kini.

Azmin begitu yakin pakatan luar tabie akan ke putrajaya dan orang yang tersayangnya Anwar Ibrahim pasti akan jadi Perdana Menteri.


SUMBER : OCEAN'S 13

Pembangkang Degil...Kan Dah Kena Halau!!!! Bikin Malu

Kalau dah nama nye pembangkang....sikap 'degil' tu memang dah sinonim dengan mereka...kenapa jadi macam tu? sebab nak tunjukkan kehandalan masing-masing kot...nak tunjukkan yang mereka masih hebat walaupun telah 'ditegur'....

hari ini, di Parlimen gamat sebab ade dua individu yang dibawa masuk ke lobi untuk mengadakan sidang akhbar...dari sumber, dua individu tersebut dibawa oleh Ahli Parlimen Bakri, Eng Teck Hwa.


KLIK DI SINI untuk tahu selanjutnya.


Sebelum ini, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia telah melahirkan rasa kesal selepas beberapa wakil rakyat membawa tetamu dari luar untuk membuat sidang media khususnya di kawasan khas media di Parlimen. BACA DI SINI.


UG : Buat malu je kene halau...kan dah malu ..:p

Tuesday, 20 November 2012

Ahli Parlimen Bersatu Sokong Usul Mengecam Serangan Ke Atas Israel




Berikut merupakan 10 resolusi Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan di Parlimen hari ini..Usul dibentangkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenteraannya  ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

TERKINI : Usul mengecam serangan kejam Israel ke atas Gaza, yang mengandungi 10 ketetapan, disokong sebulat suara oleh anggota Dewan Rakyat petang ini.

SUMBER : KLPOS