Monday, 19 November 2012

Pas Peralatkan Agama Demi Politik !!!




Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.

SUMBER : UM 



Saturday, 17 November 2012

Gila Kuasa Sampai Sanggup Ketepikan Isu Agama....Alahai Pas!!!



Pas semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, usaha Pas untuk menggulingkan BN sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu yang lebih besar ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuktikan parti itu sudah terdesak.


Lebih mengelirukan, katanya, apabila kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bahawa agenda ke Putrajaya lebih penting daripada membahaskan isu mengenai kebebasan beragama.

“Saya rasa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib perlu kaji semula kenyataan beliau. Jangan sampai ulama gila kuasa dan menghalalkan apa sahaja demi merampas kuasa,” katanya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Katanya, kenyataan itu boleh menimbul kekeliruan dan menggalak fanatisme, ekstrimisme dan keganasan dalam politik.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas semakin terdesak apabila parti itu telah terkeluar dari landasan perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam.


“Pas mestilah ada dasar dan hala tuju untuk diletakkan kepada kemahuan rakyat. Bukan menumpukan untuk menggulingkan BN. Ternyata Pas lebih menumpukan kuasa dari dasar perjuangan mereka,” katanya.

SUMBER : SH 




Izzah Bodoh, Bangang..Tak Guna Belajar Tinggi - Tinggi




Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah menerima bahana ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Pada kebiasaannya, perkara sebegini hanya dibiarkan berlalu tanpa memberikan sebarang impak besar seperti yang sering diucapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara.

Mungkin faktor yang disifatkan sebagai kenyataan Anwar di luar negara tanpa boleh dibuktikan kesahihan sumbernya, boleh dianggap dan didakwa sebagai fitnah serta menjatuhkan kredibiliti beliau, walaupun kenyataannya mengenai pluralisme dan hukuman liwat yang dianggap kuno dan ketinggalan zaman mampu membangkitkan amarah umat Islam.

Namun begitu dalam isu membabitkan Nurul Izzah, beliau telah memberikan kenyataan kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja ini boleh ditonton melalui rakaman video di internet dan di laman Youtube. Wajarkah kenyataan beliau juga dianggap sebagai fitnah dan sengaja diadakan atas dasar mahu menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli parlimen dan penganut agama Islam?

Anwar sering menggunakan bahasa yang ditafsirkan sebagai “grey meaning” iaitu suatu kenyataan bermaksud kabur lalu boleh membolosi dakwaan dengan mengatakan “kenyataan saya sudah disalahtafsirkan” mahupun “itu bukan maksud saya sebenarnya”. Namun pengunaan cara yang sama cuba dilakukan oleh Nurul Izzah nyata gagal sama sekali.


KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Thursday, 15 November 2012

DAP Edar Risalah Hapuskan Politik Melayu


Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah : "Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."


Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini.



Apa kes ni?? UG nak anda sume KLIK DI SINI untuk berita selanjutnya....



Lagi Cabaran Noh Omar Kepada Khalid Gagap




Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan Selangor agar segera mewartakan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi membela nasib golongan petani di negeri itu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan kerajaan negeri yang sanggup menjual beberapa tanah pertanian termasuk di Taman Agroteknologi Pertanian (TAP) Bestari Jaya, Kuala Selangor selain sebuah lagi tanah TKPM di Ulu Yam yang diusahakan oleh golongan petani sejak sekian lama.

"Pembangkang (Pakatan Rakyat) cukuplah jadi hero pada masyarakat... jaga tanah pertanian dan tolong wartakan tanah TKPM yang ada kalau mereka benar-benar mahu membela nasib rakyat.

"Kita sedar, tanah itu tanah kerajaan negeri, tetapi pembangunan di kawasan tersebut melibatkan kementerian pertanian serta kerajaan di mana ia telah dibangunkan berpuluh tahun lamanya untuk tujuan pertanian,"

"Kalau dia betul-betul nak tolong sektor pertanian negeri ini dan ikhlas untuk membantu, saya cabar dia agar segera mewartakan tanah (TKPM) ini,"katanya.

SUMBER : OCEAN'S 13

Saturday, 10 November 2012

Rafizi Ceroboh Hak Ahli Parlimen....Salahkan Nazri Aziz Pulak??




"Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen. Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat."
 
Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
 
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan ‘Parlimen Malaysia Sidang Media’ disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
 
Noh berkata, beliau bersetuju dengan larangan yang dibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.
 
"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.
 
Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, semalam.
 
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat.
 
"Saya pernah berhadapan situasi ini. Sebagai menteri dan Ahli Parlimen, saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.
 
Saya hairan, dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.
 
"Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen, tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.
 
Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat, kata Noh, dia tidak akan buat sidang media di lobi Parlimen, tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik. 
 
"Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu. Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat. Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula. Kalau dia tahu malu, dia takkan buat  begitu," katanya.

SUMBER : SH 

UG : Tak faham dengan puak pembangkang ni....sendiri punya salah, nak salahkan orang lain...