Tuesday, 15 January 2013

Mat Sabu Tetap Pendirian...Ambil Keputusan Untuk Jadi Lalang...




hahaha...aku ingat Nik Aziz Jer Sakit Kepala bila Pas tak 'sebulu' pasal penggunaan kalimah Allah ni...rupa nya Mat Sabu pon pening kepala jugak??

sebelum ni, Mat Sabu beriya sokong, biarkan bukan Islam gunakan kalimah Allah, tup tup...hari ni kuwa kenyataan setuju dengan Majlis Syura Pas plak...

errmmm...dasar lalang la Mat Sabu ni...tu lah..sebelum nak buat keputusan, pikir perabih dulu...

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
   
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
   
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.
   
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
    
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
   
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu - SUMBER 

UG : Mat Sabu pon dah jadi lalang...tak tau mana satu nak ikut...Pas kene pikirkan cara untuk atasi masalah tidak 'sebulu' ini....

Monday, 14 January 2013

Nik Aziz Sakit Kepala...Pas Tak Tau Buat Keputusan Isu Penggunaan Kalimah Allah



Pas semakin tidak sehaluan...Majlis Syura Pas telah putuskan untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam...apa dah jadi ni? ahli-ahli parti yang heboh untuk memperjuangkan Islam pon tak sepakat hal kalimah Allah ni...

KLIK DI SINI untuk kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas

Majlis Syura Pas tak benarkan kalimah Allah itu digunakan dalam mana-mana rujukan agama bukan Islam...TAPI presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian rasmi membenarkan kalimah Allah dijadikan sebagai rujukan kepada Agama bukan Islam. DI SINI

So, korang nampak tak yang mereka tidak 'sebulu' dalam hal ni?? 

Hari ni, dengan lantangnya, Datuk Zulkifli Noordin cabar Hadi Awang untuk tarik balik keputusan yang telah dibuat...persoalannya...berani ke Hadi Awang nak tarik balik keputusan tu setelah bersetuju dengan DAP dan PKR untuk benarkan orang bukan Islam gunakan kalimah Allah?? KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Saturday, 12 January 2013

Ini Lah Penghasut, Perosak Negara...


Ni lah antara orang yang merosakkan negara...berani buat pengakuan untuk hasut rakyat negara ni untuk sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka.

Aktivis politik, Hishammuddin Rais buat pengakuan terbuka tu di hadapan peserta pada Malam Ambang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

UG rasa, kalau kita pandai fikir antara baik dan tidak, pasti kita tak kan termakan dengan 'hasutan' individu ni...ntah setan apa yang rasuk dia sampai dia pon terfikir nak hasut rakyat untuk gulingkan kerajaan.

KLIK DI SINI untuk artikel.




UG nak kalian tengok la video ni...then, korang pikir lah...

Thursday, 10 January 2013

Sini Cakap Lain...Sana Cakap Lain...Orang Pas Pening Tak Tahu Mana Satu Yang Betul...



UG tahu isu penggunaan kalimah Allah sedang hangat diperkatakan...lebih menyedihkan bila Parti Pas sendiri tidak sebulu lagi pasal hal ni..mana tak nya, Presiden PAS menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.

Sedangkan pendirian tu, terang terang bercanggah dengan keputusan Dewan Ulama Pas...kenapa?? kenapa perlu ada dua pendirian yang berlainan dalam isu yang sama? 

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.


KLIK DI SINI untuk artikel keputusan PAS benarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

UG : sebagai Islam, kita perlu pertahankan hak kita...agama kita...kita kena pertahankan...

Wednesday, 9 January 2013

Rakyat Tak Perlukan Pemimpin Macam Anwar Yang Persoalkan Hak Sultan

saya berangan nak jadi PM...agak-agak tercapai tak??


Anwar...Anwar...Anwar...ada hati nak jadi PM...ada hati nak tadbir negara...Titah Sultan Selangor pon dia boleh pertikaikan...ada hati nak tadbir Malaysia ni?? 

UG rasa elok sangat dah Anwar lupakan angan-angan 'mat jenin' dia tu nak tadbir negara...Malaysia tak perlukan rakyat yang ingkar titah Sultan...bukan lagi nak majukan negara...lagi nak menghancurkan ada lah...

Dipetik dari MSTAR ONLINE...Anwar pertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

"Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor...bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat dan tidak kepada Umno," katanya dalam nada sinis pada sidang media .

Tak hairanlah kalau lepas ni, ramai pihak nak kecam tindakan Anwar ni...

Jalur Tiga (JATI) hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan titah Sultan selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mearang penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Timbalannya, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan ketua pembangkang itu boleh dipertikaikan dan jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak layak untuk mentadbir negara.

"Tindakan Anwar jelas menunjukkan kedangkalan dan kejahilan. Macam mana nak jadi Perdana Menteri jika peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan hak mutlak yang jatuh kepada raja-raja Melayu tidak faham.

"Bukan hak dia (Anwar) untuk mempertikaikan perkara yang jelas ada peruntukkaan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.

Tuesday, 8 January 2013

Rafizi....Nak 'Putar' Apa Lagi Lepas Ni???



Putar belit memang dah serasi dengan pembangkang...terbaru, Deepak pulak dakwa Rafizi menjadi 'si pemutar belit' terhadap semua kenyataan yang diberikan kepada media berhubung dokumen yang berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Deepak cabar Rafizi kemukakan bukti....apa macam Rafizi?? Ada berani??


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini meminta agar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kemukakan bukti bahawa  terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Menurut Deepak, Rafizi perlu mengaku siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.

"Saya minta Rafizi mengaku saja, siapa sebenarnya yang bagi dokumen tersebut kepadanya...jangan menyusahkan orang," kata kepada pemberita.

KLIK DI SINI untuk berita selanjutnya.


UG : Semakin lama, makin banyak perkara yang di 'putar' oleh pembangkang ni...UG pon naik busan dengan sikap pembangkang...


Friday, 4 January 2013

Kerajaan Selangor GAGAL...GAGAL...dan masih GAGAL....




Kerajaan Negeri Selangor seharusnya mempunyai pelan jangka pendek jika tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat berhubung jalan penyelesaian mengenai krisis air yang berlaku di negeri itu.
 
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu boleh disifatkan sebagai gagal dalam pengurusan keperluan asas penduduk berikutan krisis air yang melanda hampir 100, 000 penduduk di Lembah Klang.
 
“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.
 
“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang  berlaku di beberapa kawasan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas keadaan kira-kira 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

KLIK DI SINI untuk selanjutnya.