Saturday 29 September 2012

Belanjawan 2013 Mesra Rakyat..Itu Pun Ada Yang Tak Puas Hati?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 28 September telah membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.


5 Aspek utama yang dibentangkan beliau termasuklah :-
1. Meransang Aktiviti Pelaburan.
2. Memperkasa Pendidikan & Latihan
3. Membawa Inovasi dan Meningkat Produktiviti
4. Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Perkhidmatan Awam
5. Mensejahterakan Rakyat.

UG rasa PM kita dah buat research sebelum belanjawan dilakukan..dan pastinya kebajikan rakyat diutamakan...beliau tak pernah abaikan tanggungjawabnya kepada rakyat...tapi UG masih tak faham kenapa masih ada lagi yang tidak reti bersyukur dengan tindakan yang telah PM buat ni....

Belajar- belajar lah bersyukur wahai pembangkang..kalau awak jadi kerajaan pemerintah, belum tentu awak dapat buat sepeti yang dilakukan oleh PM kita sekarang....

Untuk ucapan Belanjawan 2013 yang penuh KLIK DI SINI 

UG: tak sokong belanjawan kerajaan beri, tapi bila tyme dapat bonus, 'ahli-ahli' mereka yang beratur dulu..:p

No comments:

Post a Comment