Tuesday 16 April 2013

'Saya Tak Terlibat Dengan Pemilihan Calon BN," Rosmah




Dakwaan pihak pembangkang yang mengaitkan isteri Presiden Umno berhubung pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang diselar Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

Menurut Rosmah, pemilihan calon untuk PRU13 akan datang merupakan keputusan pihak pengurusan parti Barisan Nasional (BN) sepenuhnya dan tiada kene mengena dengan dirinya.

"Saya tidak langsung ambil tahu mengenai hal ehwal calon (PRU13). Semuanya keputusan rasmi pihak pengurusan BN.Kadang-kadang mereka (pembangkang) saja main reverse psychology.Mereka saja nak psywar kita.

"Tapi jangan percaya kata mereka.Saya memang tidak tahu langsung mengenai pemilihan calon tersebut," katanya yang juga merupakan isteri Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada di Program Nurani Sayang sempena Majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demostrasi Masakan di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, di sini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dan Penaung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, Datin Paduka Tengku Puteri Arafiah.

Tambah Rosmah, demi kesejahteraan rakyat dan negara, beliau bersedia menghadapi segala fitnah dan tohmahan daripada pihak pembangkang.

"Saya selalu kene tolak (fitnah).Tapi Alhamdulillah, saya masih sihat dan tabah menghadapi fitnah yang di lemparkan," katanya sambil mendapat tepukan daripada para hadirin.

No comments:

Post a Comment