Sunday, 1 September 2013
Friday, 30 August 2013
Dah Tayang...Cari Cacat Cela Pulak...
TANDA PUTERA....
tak habis lagi kisah nya...
setelah dua kali tarikh penayangan ditunda...
29 Ogos stat tayang....bila daj tayang...ada saja salah nak dicari...
UG tak faham...kemana hilangnya semangat kemerdekaan rakyat negara Malaysia ni...
asyik nak 'kondem' jer....
tapi UG tetap dengan pendirian...
rakyat di negara ni pergilah tgk filem ni...tak rugi pon....
UG : rasa bangga bila nyanyi lagu NEGARAKU kat panggung wayang..
Thursday, 29 August 2013
Guan Eng JANGAN PERASAN!!!
Dalam pada itu, Khairy berharap agar filem ini akan terus ditayangkan di seluruh negara.
"Jika ada usaha nak 'block' (halang) penayangan filem ini, saya akan cadangkan kepada Jabatan Penerangan untuk letakkan wayang pacak di seluruh padang di Pulau Pinang," katanya.
SELANJUTNYA DI SINI.
KJ Tak Kenal Pemuda Perkasa?? Alaaa...Laki Yang Desak PM Letak Jawatan Tu...
Siapa Pemuda Perkasa ni??
Siapa dia nak desak PM letak jawatan??
Presiden dia pon kalah masa PRU...
Perkasa ada ape??
U should know your place....
Wednesday, 28 August 2013
Video Shabery Cheek Selar Laporan MalaysiaKini...
Video Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek selar kenyataan Malaysia Kini... Mana etika kewartawanan Malaysia Kini dalam menyampaikan berita kepada pembaca??
Lain yang menteri cakap...lain yang di'spin'....
Guan Eng Arah BOIKOT Tanda Putera...
Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini meminta semua pengusaha wayang di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini kerana mendakwa terdapat babak yang mampu menimbulkan provokasi perkauman.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, filem tersebut mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum kerana terdapat babak beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.
"Pengarah filem sendiri berkata beberapa insiden tersebut tidak berlaku namun beliau dengan sengaja menambahkan babak berkenaan bagi menjadikan filem tersebut lebih menarik.
"Beliau dengan sengaja menggunakan perkataan 'lesen kreatif' namun ia tidak memberikan ada lesen untuk menimpu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Georgetown di sini hari ini.
Guan Eng turut melahirkan rasa kecewanya terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana membenarkan penayangan filem berkenaan tanpa memotong beberapa babak yang boleh mencetuskan provokasi.
SELANJUTNYA DI SINI.
Tuesday, 27 August 2013
Fakta Tentang Khairy Jamaluddin...
Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi. Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia.
Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek. Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia.
Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad.
Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas. Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan, ternyata pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Beraksi dalam wacana yang mencabar ini, Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).
Jelas, beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin.
Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.
Sebagai contoh, apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi, Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – “semangat setiakawan”. Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.
Tambahan pula, Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption, Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda. Sebetulnya, kalau isu 3C ini mampu ditangani, tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula.
Lebih penting lagi, walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya, pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu, Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.
Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain. Sebaliknya, memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau.
Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan “Middle Malaysians” seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.
Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa masih ada harapan lagi untuk Umno.
Saya turut mengagumi, kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – “Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?” Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama, pemimpin Umno akan guna bahasa kesat. Sebaliknya, Khairy memilih perkataan – “tidak konsisten” – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini. Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab.
Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.
Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik. Ternyata, jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar…
Subscribe to:
Posts (Atom)