Saturday 30 March 2013

Thursday 28 March 2013

NGO Kecam Orang Biadap Seperti Tian Chua....




Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyifatkan kenyataan Naib Naib Presidennya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua boleh "membinasakan negara".

Pengarah Kebangsaan JMM, Hamdan Omar Salleh berkata, rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir di ibu Pejabat PKR buat kali kedua berhimpun secara aman mendesak Tian Chua agar tidak mengulangi lagi dan menjaga mulut yang celupar itu.

"Kami bersama rakan-rakan NGO yang lain mendesak supaya Tian Chua tidak mengulangi kenyataannya dan menjaga mulut yang celupar itu dari mengeluarkan kata-kata yang boleh membinasakan negara," katanya di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Demonstasi tersebut bagi menyatakan bantahan sambil membawa kain rentang mengutuk kenyataan Tian Chua.

Pada sidang akhbar yang sama, Timbalan Presiden JMM Omar Saleh berkata, NGO yang berimpunan pada hari ini secara aman untuk mendesak Tian Chua meminta maaf dengan segera.

"Kita sebagai rakyat Malaysia di dalam NGO meminta Tian Chua untuk memohon maaf dengan segera daripada apa yang beliau cakapkan." katanya.

Tambahnya lagi, sebagai rakyat dalam NGO bertanggungjawab untuk memberi penjelasan sebenar kepada PKR.

"Sudah tentu balu-balu itu dalam kesedihan, kenapa nak bermain dengan sandiwara-sandiwara itu untuk apa?," ujarnya.

Sebelum ini, Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu mengaitkan UMNO sebagai dalang konspirasi kejadian Lahad Datu, Sabah.

Beliau telah mengulangi kenyataan tersebut pada 22 Mac yang lalu pada ceramahnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.SUMBER.

Wednesday 27 March 2013

Anwar TIPU Rakyat Sabah.....


Satu perkataan paling tepat untuk Anwar Ibrahim ... TERPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN.



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

SELANJUTNYA.

Sunday 24 March 2013

Kronologi Penglibatan Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan




Bukan rahsia lagi kerana semua orang dah tahu siapa dalang disebalik insiden Lahad Datu....

Kerana barua seorang itu 10 nyawa orang kita melayang....

Kerana barua seorang itu isteri-isteri mangsa terpaksa menjadi ibu tunggal sekelip mata....

Kerana barua seorang itu anak-anak kecil terpaksa menjadi anak yatim kerana bapa mereka gugur di medan perang....

Kerana barua seorang itu berapa banyak wang negara yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk Operasi Daulat ?

Sekarang segala pergerakkan barua itu dalam usaha untuk menghuru-harakan negara telah terdedah.
Klik DI SINI.

Friday 22 March 2013

Papa Gomo Dipukul Pencacai Anwar??



Hari ini, Utusan Malaysia telah mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari Sabah oleh blog tersebut. 

Akibat itu, hari ini individu tersebut yang dipercayai pengendali blog PapaGomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi. Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai PapaGomo secara melulu.

Berkemungkinan besar, kejadian tersebut  ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah. 

Kejadian insiden individu disyaki pengendali blog PapaGomo di pukul di sekitar Segambut ini telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL.

Kepada kawan-kawan, kita semua doakan agar PapaGomo selamat dan dilindungi Allah SWT. Jasa beliau cukup besar dalam perjuangan ini. Wasalam. SUMBER.

Thursday 21 March 2013

Untuk Tatapan 18 Tahun Ke Atas....Aksi Anwar Ibrahim....

VIDEO YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA....
UG MALAS NAK KOMEN BANYAK-BANYAK...
KORANG TENGOK DAN NILAI LAH SENDIRI...
NI KE BAKAL PM YANG KORANG NAK??


Lagi Beberapa Jam.....Tunggulah Nasib Kau Anwar....


Sekarang tinggal lagi lebih kurang 6 jam untuk Anwar Ibrahim menarik balik tuduhan beliau keatas Blog Papa Gomo serta membuat permohonan Maaf dan juga berundur dari pentas politik. 6 jam dari sekarang ini berkemungkinan besar seluruh dunia akan mengetahui siapa Anwar Ibrahim yang sebenar.

Untuk makluman semua video yang berada ditangan Papa Gomo cukup jelas dan turut mempunyai AUDIO yang jelas percakapan Anwar Ibrahim dan mangsa liwat. Ianya juga terbahagi kepada dua video iaitu.



1) Rakaman sebelum remaja tersebut diliwat yang mana seperti paparan gambar diatas.
2) Rakaman sulit didalam bilik hotel yang memaparkan adegan SEKS antara Anwar Ibrahim dan mahasiswa dari Sabah.

Video berwarna, Paparan jelas dan juga mempunyai AUDIO yang berada didalam simpanan Papa Gomo. Gomo sudah menayangkan klip video ke 1 iaitu perbulan Anwar Ibrahim dan remaja yang diliwat pada beberapa rakan Blogger seperti RBF Online, Gerakan Anti PKR, Parpu Kari, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gelombang Wangsa Maju, Mega Bidaman, Badut Rakyat, Gelombang Rakyat.

Video ke 2  rakaman sulit Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa pula telah pun Gomo pertontonkan kepada rakan blogger Mega Bidaman, Gelombang Wangsa Maju, seorang Wartawan media penyiaran dan juga kepada seorang pemimpin kanan PAS.

Terus terang Gomo katakan klip video pertama akan membuatkan sesiapa yang melihat dan mendengarnya akan MUNTAH HIJAU. Klip video kedua pula Gomo yakin akan ada yang pengsan dan melopong mulut sampai tidak mampu untuk meluahkan apa apa selain dari Cacian dan Makian kepada Anwar Bin Ibrahim.

Mana kan tidak video kedua itu dengan paparan dan audio nya mempamerkan rintihan dan rayuan mahasiswa tersebut yang diliwat Anwar Ibrahim. FIRST TIME diliwat menyebabkan mahasiswa tersebut meratap kesakitan yang teramat sangat.

Sekali lagi Gomo mengharapkan Anwar Ibrahim akan segera berundur dari pentas politik kerana jika paparan video ini dikeluarkan maka AIB yang datang akan membuatkan Wan Azizah, Nurul Izzah serta menantu Anwar Ibrahim iaitu suami kepada Nurul Izzah tidak akan mampu menjawap segala galanya.
 
Klik PAPA GOMO untuk selanjutnya.

Wednesday 20 March 2013

Saya TAKUT Dengan Papa Gomo...Biar Peguam Sayalah Uruskan - Anwar



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau menyerahkan cabaran Papa Gomo kepada peguamnya berhubung banyak lagi pendedahan yang akan dikeluarkan berhubung ketua pembangkang itu.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Papa Gomo menerusi entrinya memberi Anwar tempoh selama 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Dalam entri tersebut, blogger pro-Umno itu membuat kenyataan enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Anwar.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," ujar blogger itu. [ARTIKEL DI SINI]

Anwar memfailkan saman RM 100 juta kepada Papa Gomo berikutan menyiarkan gambar skandal seks mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar melalui peguamnya yang juga merupakan Naib Presiden PKR N Surendran, memberi tempoh 48 jam kepada Papa Gomo untuk mengemukakan permohonan maaf bermula semalam dan membayar RM 100 juta sebagai kos ganti rugi.

Sabtu lepas, Papa Gomo melalui blognya www.papagomo.com menyiarkan sebuah gambar seorang lelaki tanpa pakaian di dalam sebuah bilik serta meletakkan pautan kepada sebuah blog lain bertajuk 'Aksi si Raja Goyang' yang menyiarkan 13 gambar yang dipercayai mirip gambar yang sebelumnya. SUMBER.

Tak Gentar Kena Maki...Nabil RL Tetap SETIA Dengan BN...

sekarang ni artis yang terlibat dengan politik dah menjadi perkara biasa..cuma antara artis tu bijak pilih parti atau tidak...kalau yang tak berapa tu,tu yang dapat gelaran Ustazah Pilihan tu...huhu...

dan yang terbaru, Nabil...lepas keluar video Bangkang Dari Longkang,dia terima banyak kritikan, makian dan cacian..bukan dia jer...tapi keluarga dia pon alami bende yang sama...tapi UG bangga dengan Nabil sebab dia berani tampil ke hadapan untuk bagitau orang ramai yang dia tetap dengan BN...

alasan yang kukuh...dia nak anak dia dan generasi akan datang dapat merasai kenikmatan keharmonian di negara ni...so tak de sebab kita nak tukar kerajaan yang boleh membawa kehancuran negara....tambah lagi dengan isu sekarang ni, Anwar dan Pasangan Gay...

Video Keberanian Nabil....




Tuesday 19 March 2013

Anwar Saman Papa Gomo RM100 Juta....Papa Gomo Beri AMARAN Kat Anwar...


Berikut permohonan maaf yang dibuat oleh Papa Gomo :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.


KLIK SINI untuk artikel selanjutnya.


Monday 18 March 2013

Lepas Abby Abadi...Giliran Farah Asyikin Plak Jadi Alat Untuk Pas...

Lepas Abby Abadi meroyan...kini giliran Farah Asyikin pulak...lepas ni semakin ramai la 'ustazah jadian' kat negara ni kalau artis yang berhijrah semua berkelakuan seperti mereka...baru pakai tudung, dah pandai meng'kafir'kan orang...tak bermakna anda bertudung..anda ada hak buat tuduhan melulu tu yer...



Nafi sertai pembangkang tapi Farah Asyikin aktif ceramah temasuk isu UMNO kafir

Pelakon dan bekas penyanyi serta peserta One In A Million, Farah Asyikin sebelum ini berdalih-dalih dan menafikan sekeras-kerasnya penyertaan aktifnya dalam parti pembangkang.

Tetapi malam tadi, di Seremban, dia muncul berceramah di atas pentas pakatan pembangkang dan turut terikut-ikut dengan rentak maki-hamun dan menghamburkan pelbagai tuduhan serta tohmahan kepada UMNO dan kerajaan.

Seolah-olah sudah terpengaruh sepenuhnya dengan budaya fitnah dan tohmahan di pentas-pentas ceramah pakatan pembangkang, Farah Asyikin tanpa segan silu mempersoalkan keislaman kerajaan sekarang dan parti yang memerintah iaitu UMNO.

Sambil merayu penyokong pembangkang menolak Barisan Nasional (BN) yang menurutnya tidak berlandaskan Islam, Farah Asyikin dalam ceramahnya berkata:

"Saya kini baru faham mengapa Pas mengatakan depa (UMNO) itu kafir... apabila ada dalam kalangan kita beragama Islam menolak al-Quran, apa jadinya? Tepuk dada tanya selera, saya tidak mahu sebut."

Ucapan Farah Asyikin ketika berceramah di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi itu jelas bercanggah penafian dan kenyataan beliau sebelum ini iaitu penglibatannya dalam ceramah pembangkang hanya sebagai penyokong dan berucap perkara-perkara berkaitan Islam serta isu perpaduan sesama Islam.

Selain itu, seolah-olah seseorang yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang politik, selebriti tersebut juga tanpa segan silu membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya teragak-agak dalam membuat keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13.

Farah Asyikin juga membuat kesimpulan mudah bahawa kerajaan BN pimpinan Najib tidak bersedia berhadapan pilihan raya umum hanya semata-mata dengan satu alasan tidak berasas iaitu kerana menurutnya sehingga kini BN belum mengumumkan sebarang manifesto berbanding pakatan pembangkang.

"Manifesto, kerajaan (BN) sudah lancar atau belum? Kenapa? Sebabnya mereka tidak yakin. Kenapa pula tidak yakin? Sebab tidak ada tarikh pilihan raya umum," katanya.

UG : cuba perbaiki diri...

Ini Semua Salah UMNO...UMNO Perangsang Saya - Anwar Ibrahim




MACAM BIASA LER...
INI SEMUA SALAH UMNO...
UMNO KER RANGSANG NAFSU KAU SUPAYA KUCUP LELAKI ITU...???
MATI HIDUP BALIK PUN MESTI TAK MENGAKU...
SEBAB ITU MATI MATI TAK MAU SUMPAH..
TAKUT MATI DIMAKAN SUMPAH MACAM BALA...
KIKIKIKI...

Sunday 17 March 2013

Nik Aziz lebih sedia pertahankan BABI dari rakyat


Itu si BABI tapi tak mahu dia komen mengenai penternakan babi di kedah. Betul dia tak benarkan penternakkan babi di Kelantan tapi dia enggan tegur kerajaan PAS Kedah. Haiiiii ... semua benda kerajaan Pusat buat dia tegur sampai kafirkan orang tapi rumahtangga sendiri tak mahu ditegur.

Benarkah ini?? KLIK SINI untuk artikel lanjut.


Saturday 16 March 2013

Pasangan Gay Anwar Dikenal Pasti???

ehh..eehh..macam dia...tapi betol ke dia?? ke pelanduk dua serupa?? tapi kenapa nampak memang serupa ek?? hahaha...UG malas nak cite panjang-panjang...

korang tengok dan belek lah sendiri...then buat penilaian betol ke dia atau bukan...


Lebih AKSI DI SINI

Friday 15 March 2013

PI Bala Meninggal Dunia



Penyiasat Persendirian (PI) P Balasubramaniam yang menyiasat kejadian pembunuhan model Mongolia Altantya Shaariibuu meninggal dunia hari ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat n Surendran dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa mengesahkan kejadian tersebut.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai maklumat lengkap lagi," kata Sivarasa.

Bala pada dalam akuan sumpah kepada mahkamah telah mengaitkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya. SUMBER 

Thursday 14 March 2013

Video BIADAP Penyokong PKR...Macam Orang Mabuk

Video penyokong PKR yang biadap...macam orang mabuk jer...saje nak timbulkan kekecohan kat mahkamah...SUMBER

Niat JAHAT Pembangkang Dikenalpasti....



Pakatan Pembangkang dikenalpasti bakal mencetuskan huru-hara menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya sengaja dicetuskan ekoran rasa bimbang pimpinan Pembangkang dengan kebangkitan rakyat yang semakin menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak peranda," katanya. 

Beliau menjelaskan, pihak Kerajaan juga telah menerima laporan perancangan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu yang bakal mengarahkan para penyokongnya mencetuskan suasana porak peranda di beberapa kawasan pengundian yang disasarkan.

Katanya, alasan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadikan sebagai faktor utama tercetusnya insiden berkenaan.

“Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

“Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi Perdana Menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” ujarnya. SUMBER



Tuesday 12 March 2013

Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban...AL-FATIHAH...




Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Sementara itu, di Semporna, pihak berkuasa tempatan telah menahan enam individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu dalam Op Daulat di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini. SELANJUTNYA.




Monday 11 March 2013

Video Blogger Picisan PR vs Wartawan

Jelas blogger picisan ni semakin tertekan sebab 'kejahatan' PR semakin lama semakin banyak terdedah...KESIAN...dah tak tau nak salahkan sape...wartawan pulak jadi mangsa...itulah PAKATAN RAKYAT.....


Sunday 10 March 2013

Khalid Aniaya Surirumah...


Kerajaan Selangor masih terus didesak dan didesak untuk tunaikan manifesto lalu..manifesto lama tak tertunai lagi,ada hati keluarkan manifesto baru...owwhhh lupa..MANIFESTO BUKAN JANJI....


Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) hari ini didesak oleh para surirumah dari beberapa daerah di negeri itu agar menunaikan manifesto mereka berhubung pemberian elaun kepada sur rumah sepenuh masa yang menjaga anak.

Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, surirumah di Selangor sudah tidak mempercayai kepimpinan PR kerana hampir kesemua manifesto yang ditaburkan kepada rakyat semasa pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

"Rakyat Selangor sudah tidak mempercayai mereka (PR). Manifesto yang lamabelum ditunaikan, tetapi mereka sudah buat manifesto yang baru. Macam mana rakyat nak percaya lagi?

"Rakyat tidak akan percaya lagi kerana hampir 90 peratus manifesto yang dilemparkan oleh PR pada pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman yang disertai oleh para surirumah bagi menuntut hak mereka di Taman Medan di sini hari ini.



Nama Anwar Dah Bersih...Nyanyuk Da Nik Aziz Ni...



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini percaya nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin bersih setelah pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Menurut Nik Aziz, beliau juga percaya Anwar akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan selepas pengakuan itu dibuat.

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," katanya.

Semalam, Azlan membuat pengakuan kes liwat kedua merupakan fitnah dan konspirasi politik ke atas Anwar.

Nik Aziz turut menafikan bahawa Azlan 'dibeli' oleh Anwar untuk membuat pengakuan tersebut.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar  upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar)," katanya.

Hari yang sama pengakuan Azlan dibuat, Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan berkata, beliau memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

"Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya," katanya. [ARTIKEL DI SINI].


Saturday 9 March 2013

Insan Bernama Anwar Ibrahim...BERTAUBATLAH....


Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terbaru bapanya Azlan Mohd Lazim hari ini.

Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan berkata, beliau memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

"Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Jalan Dutamas, di sini hari ini.

Saiful menjelaskan, seluruh keluarganya berasa terkejut dengan kenyataan bapanya, Azlan Mohd Lazim yang bertindak tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuklah dirinya sendiri.

Walaubagaimanapun, beliau yang sedih dengan insiden berkenaan melahirkan rasa terharu mendapat sokongan dari pihak keluarga dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar.

"Semua keluarga saya tetap sokong saya. Dalam kes ni saya bukan tuduh bapa saya. Dia mungkin dalam keadaan keliru dan saya mohon bapa kembalilah ke jalan yang benar," ujarnya.

Beliau juga tetap memaafkan bapanya walaupun sehingga kini gagal menghubunginya.

"Walau apa yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya dan saya tetap maafkan dia," ujarnya.

Saiful mengulas tindakan bapanya hari ini yang mendakwa beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab yang dikatakan mendalangi kes liwat II melibatkan Anwar. [ARTIKEL DI SINI]




Wednesday 6 March 2013

Gambar Mayat Pengganas Sulu Didedahkan

Foto : JAWABERNAM


Kerajaan hari ini mengesahkan 13 kematian anggota pengganas Sulu dan mendedahkan beberapa keping gambar mayat dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira 4 petang ini.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Walaubagaimanapun, Hishammuddin enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar seorang penceroboh yang ditembak mati pagi ini.

Gambar ketiga menunjukkan satu kawasan pengebumian yang tidak memperlihatkan sebarang mayat, namun operasi pembersihan itu mendedahkan terdapat tiga mayat di dalam kubur tersebut.

Selain kematian pada pagi ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 yang selebihnya maut semasa serangan semalam atau pertempuran pada hari Jumaat lalu.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.SUMBER

Tuesday 5 March 2013

Kronologi Serangan Di Lahad Datu!!! Tahniah Pejuang Negara!!!




Sebuah helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto: BERNAMA.

LAHAD DATU : Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi tadi bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu : 

11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.

10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan. 

10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.  

10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana. 

10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu. 

10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi. 

10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222. 

10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 

9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo. 

10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu. 

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu. 

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih. 

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata. 

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata. 

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah. 

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo,diikuti dengan tembakan meriam. 

LAHAD DATU : Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Najib hari ini,dalam satu kenyataan ringkas.Jet pejuang pada awal pagi tadi mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali. Keadaan di sekitar Tanjung Labian,kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

SAYA MINTA JANGAN PERCAYA DENGAN LAPORAN DARI PUAK PR.ADA YANG PUTAR BELIT KENYATAAN.SAYA TAK TUDUH TAPI CUBA LIHAT BETUL-BETUL KENYATAAN MEREKA !!!

AYUH KITA DOAKAN AGAR SEMUA PEJUANG NEGARA SELAMAT 

AMIN...SUMBER

Betul...Semua Salah Anwar!!!!!


Berita yang baru diterima dari Manila, Polis Anti Rusuhan telah mengepung Kedutaan Malaysia di sana yang dijangka akan diserbu oleh kumpulan penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia menyerang kedudukan pemberontak Sulu pagi tadi.

Bendera Malaysia dan gambar Najib turut dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Filipina.

Pelik dengan perangai pemberontak ni. Pemberontak Sulu yang serang dan bunuh polis Malaysia, mereka pulak yang tak puas hati! Dasar kurang ajar!

Ini semua salah ANWAR IBRAHIM!!!



Artikel berkaitan :


Pejabat Kedutaan Malaysia di Filipina terpaksa ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah.

Menurut sumber ABS-CBN , penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tandou,Lahad Datu.

Pada perhimpunan tersebut, bendera Malaysia dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dibakar.

Kira-kita 100 penunjuk perasaan beragama Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City  dan Tordecillas Street, Salcedo Village.

Mereka menggesa Malaysia menamatkan serangan keatas pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu.

Berikutan tunjuk perasaan itu, kira-kira 50 anggota polis ditempatkan dikawasan tersebut bagi mengawal keadaan.


Friday 1 March 2013

Akibat POLITIK SIAL ANWAR ... Dua Anggota Komando Terbunuh di Lahad Datu


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Dua komando polis tersbeut merupakan anggota peninjau yang diserang ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
 
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
 
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan bot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.SUMBER

SINI UNTUK SELANJUTNYA